Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395620
Title: Pendidikan akidah asas pembinaan tamadun Islam di Malaysia
Authors: Khairi Bin Jalalludin
Khadijah Abdul Razak
Maimun Aqsha Lubis
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Pendidikan
Akidah
Tamadun
Islam
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Akidah merupakan asas ketamadunan Islam, namun sebaliknya ia boleh menjadi penyebab keruntuhan jika perbalahan yang berterusan berkaitan dengan fur???u akidah tidak ditangani dengan betul dan berhemah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendidikan akidah yang sesuai dengan asas pembinaan tamadun Islam di Malaysia. Selain itu, untuk mengenalpasti punca perpecahan fahaman akidah pada masa dahulu dan masa kini, serta mengkaji kesesuaian aliran mazhab dalam akidah di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan penulisan seperti buku-buku ilmiah, artikel jurnal dan sumber internet yang berkaitan dengan tajuk. Dapatan kajian menjelaskan bahawa punca perpecahan fahaman akidah adalah disebabkan faktor dalaman seperti unsur politik, sikap ???assobiyyah dan taklid terhadap metode kumpulan atau mazhab masing-masing manakala faktor luaran seperti falsafah dan ideologi Barat. Dapatan juga menunjukkan bahawa pemikiran Ahlus sunnah wal jama???ah mengikut mazhab Asya???irah adalah paling dominan, sesuai dan praktikal untuk diteruskan dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia. Ia juga dapat menjadi benteng dalaman bagi setiap insan muslim dalam menghadapi era globalisasi dan liberalisasi pada masa kini dan akan datang khususnya dalam usaha membina ketamadunan ummah yang mampan.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.