Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395611
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Mohd Yusof Hj Othman | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T08:04:25Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T08:04:25Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130447 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395611 | - |
dc.description.abstract | Sains dan teknologi adalah ilmu yang berkembang seiring dengan pembangunan manusia. Ianya bermula sejak dari kehadiran manusia di bumi Allah ini. Sains adalah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia memahami tabii alam, manakala teknologi adalah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia menggunakan ilmu sains tersebut untuk membantu manusia membangun alam ini. Dengan demikian ilmu sains dan teknologi tidak dapat dipisahkan sebagaimana kita tidak dapat memisahkan antara ilmu dan amal. Asal usul kejadian dan tabii alam merupakan suatu perbincangan yang berterusan sepanjang zaman sama ada dan kalangan ahli sains dan juga agama dalam pelbagai disiplin ilmu. Perbincangan ini pernah menjadi konflik dan pertentangan antara golongan agama dengan golongan sains tabii terutamanya dalam konflik antara ahli sains Barat Moden dengan golongan gereja (Sapid Mujtaba clan Musa-wi Lad 1979). Pertentangan antara golongan gereja dan ahli sains Barat Moden ini akhirnya mengakibatkan Galileo dipenjara, walaupun sebelumnya beliau pernah dianugerah dengan pelbagai anugerah, termasuk menjadi tetamu kepada Pope sendiri (Bueche 1986 dan Gang 1990). Namun konflik seumpama ini tidak pernah berlaku di kalangan umat Islam secara serius. Namun demikian, wujud beberapa kekeliruan tentang tanggapan sains dan teknologi di kalangan umat Islam. Terdapat di kalangan mereka yang cuba melihat Al-Quran semata-mata daripada perspektif sains. Kita merasakan kekeliruan ini terjadi kerana wujudnya salah faham tentang falsafah dan konsep sains itu sendiri. Apatah lagi apabila sains dijadikan sebagai salah satu falsafah hidup yang juga dikenali sebagai saintisme (Sulaiman Nordin 1992). Kekeliruan ini dapat dikurangkan sekiranya kita dapat `mendamaikan' dan mensepadukan di antara dua disiplin ilmu tersebut. Sudah tentu dalam kehidupan seharian kedua-dua disiplin ilmu amat penting untuk difahami. Sehingga kini jawapan tepat tentang kejadian alam mengikut perspektif sains belum lagi ditemui, malah sains terus berkembang sewaktu ianya cuba menjawab fenomena kejadian alam ini. Namun demikian, ini tidak bererti yang sains tidak menyumbang apa-apa dalam menerangkan segala fenomena di alam ini. Polemik yang berterusan dalam menerangkan kejadian alam ini terus berlaku di kalangan ahli-ahli sains hingga kini. Nama-nama ahli sains Barat Moden seperti Darwin, Galileo, Newton, Faraday, Einstein dan terakhir ini Hawking sering disebut apabila membicarakan tentang kejadian alam. Hawking misalnya cuba melihat hubungan antara masa, ruang dan jirim dalam usaha menerangkan asal-usul alam ini (Hawking 1988). Malah secara amnya hampir semua ahli sains asas tabii yang berorientasikan fizik, kimia dan biologi mengasaskan kajian mereka berdasarkan kepada usaha untuk menerangkan asal-usul kejadian alam; sama ada menerangkan tentang teori alam semesta, teori keatoman, teori gerakan jasad, termodinamik, teori genetik atau sebagainya. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Cawangan Agama, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) | - |
dc.subject | Sains dan teknologi | - |
dc.subject | Umat Islam | - |
dc.title | Sains dan teknologi dari perspektif Islam | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.identifier.callno | BP190.5.S463 2008 sem | - |
dc.contributor.conferencename | Seminar Al-Quran Penjana Kemajuan Sains & Teknologi | - |
dc.coverage.conferencelocation | Dewan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sg. Besi, Kuala Lumpur | - |
dc.date.conferencedate | 23/02/2008 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.