Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395589
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorTajul Ariffin Noordin-
dc.date.accessioned2023-06-15T08:03:57Z-
dc.date.available2023-06-15T08:03:57Z-
dc.identifier.otherukmvital:130328-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395589-
dc.description.abstractSesungguhnya tajuk ini telah pun dibincang dengan penuh minat dan beriltizam sejak tahun 1980. Di sepanjang tempoh tersebut beberapa resolusi penting telah dihasilkan dan diterima oleh warga pendidikan sebagai amalan dan budaya kerja. Di antaranya ialah Islam sebagai satu cara hidup yang sempuma telah disepakati (1980). Seterusnya dipersetujui Islam adalah nukleus pendidikan dan kehidupan (1984). Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara dalam tahun 1987 (FPN � 1987) telah meletakkan Islam sebagai roh pendidikan dan Pembangunan Insan. Dalam tahun 1991 konsep pembangunan Insan telah diterima sebagai asas Wawasan 2020. Ini diikuti dengan pembinaan paradigma masyarakat madani sebagai agenda pendidikan dan pembangunan Negara (1996-2000). Sekarang ini (2009) Islam berfungsi sebagai nukleus pembangunan dan kesejahteraan hidup. Rentetan atau evolusi pendidikan di atas (1980-2009) jelas membuktikan bahawa pendidikan Malaysia sudahpun mempunyai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Ungkapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut "Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mengwujudkan Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan" (KPM, 1987). Pernyataan FPN di atas adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam yang ungkapannya seperti berikut "Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat".-
dc.language.isomay-
dc.publisherPusat Kefahaman dan Pemikiran Islam, UiTM Shah Alam, Selangor-
dc.subjectPendidikan Islam-
dc.subjectFalsafah Pendidikan Negara (FPN)-
dc.subjectPembangunan insan-
dc.subjectWawasan 2020-
dc.subjectFalsafah Pendidikan Islam (FPI)-
dc.titleFalsafah dan amalan pendidikan Islam sepanjang hayat-
dc.typeSeminar Papers-
dc.identifier.callnoLC910.M4S463 2009 sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam : Cabaran dan Prospek-
dc.coverage.conferencelocationHotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.