Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395588
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Ismail Ibrahim | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T08:03:56Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T08:03:56Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130327 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395588 | - |
dc.description.abstract | Jika kita mencuba untuk menyingkap kembali rujukan lama bibliografi sejarah Islam bagi mendapatkan sesuatu penulisan atau tajuk tentang "Islam dan .. " seperti di di dalam The Fihrist of Ibn Al-Nadim (Penerbitan asalnya kembali kepada abad ke-10) umpamanya, maka kita akan gagal menemui penulisan atau tajuk seperti itu. Tetapi pada hari ini, jika seorang itu mencuba mencari tajuk demikian di dalam sebarang rujukan bibliografi, maka akan muncullah tajuk seperti Islam dan Sains, Islam dan Politik Islam dan Ekonomi, Islam dan Alam Sekitar dan begitu banyak lagi tajuk yang sama., iaitu tulisan dan kajian mengenai Islam dan hubungannya dengan segala aspek kehidupan manusia. Hal ini pastinya memberikan gambaran tentang perubahan pemikiran semasa dalam memahami Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh sehingga "Islam" itu haruslah dijadikan sebagai satu objek kajian dan penyelidikan yang mendalam tentang semua aspek kehidupan manusia ini. Islam dan Pendidikan, tentulah merupakan sebuah tajuk dan tema popular yang dibicarakan pada masa kini, kerana pendidikan merupakan satu pembicaraan yang amat penting bagi sesuatu masyarakat dan bangsa dalam semua angkatan dan generasinya. Maka kerana kepentingan pembicaraan inilah, terdapat banyak sekali penulisan, kajian dan penyelidikan yang dihasilkan selama ini di dalam tajuk Islam dan Pendidikan ini. Realiti pendidikan Islam selama ini, walau pun terdapat banyak penyelidikan dan kajian serta seminar dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang di lakukan, namun kemajuannya dari segi perlaksanaan satu sistem pendidikan yang mantap masih ketinggalan di belakang. Cabaran yang dihadapi dalam aspek ini adalah terlalu banyak, iaitu cabaran dalaman masyarakat dan para pemikir Islam sendiri yang mempunyai pelbagai corak idea dan visinya, membawa kepada cabaran luaran dari dunia moden dan global, ledakan teknologi maklumat yang amat sukar di hambat oleh umat Islam, serta tekanan ekonomi, politik dan tamadun yang menghimpit kemajuan umat ini keseluruhannya. Prospek Pendidikan Tinggi Islam merupakan permasalahan yang serius dan berat bagi umat Islam menanganinya sekiranya umat ini masih tidak memahami realiti dan cabaran yang mereka hadapi dan tidak cuba untuk memahami serta mengakui akan permasalahan yang berdepan dengan mereka dalam usaha mencari satu penyelesaian bagi masalah tersebut. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Pusat Kefahaman dan Pemikiran Islam, UiTM Shah Alam, Selangor | - |
dc.subject | Pendidikan tinggi Islam | - |
dc.title | Pemerkasaan pendidikan tinggi Islam : realiti, cabaran dan prospek | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.identifier.callno | LC910.M4S463 2009 sem | - |
dc.contributor.conferencename | Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam : Cabaran dan Prospek | - |
dc.coverage.conferencelocation | Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor | - |
dc.date.conferencedate | 14/04/2009 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.