Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395543
Title: Mukhtalif al-Hadith dan kaedah penyelesaiannya: kajian terhadap metodologi Ibn Hajar al-`Asqalani dalam menyelesaikan hadith yang bercanggah dalam Fath Al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari
Authors: Aguswan Rasyid
Azwira Abdul Aziz
Conference Name: Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam
Keywords: Mukhtalif al-Hadith
Ibn Hajar al-`Asqalani
Fath Al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari
Conference Date: 25/07/2006
Conference Location: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi
Abstract: Kepakaran dan ketokohan Al-Hafiz Ibn Hajar Al-`Asqalani dalam kajian-kajian hadith tidak diragukan lagi. Karya-karya beliau yang melebihi seratus judul kitab, sebahagian besarnya dalam bidang kajian hadith menjadi bukti yang jelas dalam hal ini. Kajian ini membincangkan satu bahagian daripada perbahasan ilmu hadith, iaitu disiplin Mukhtalif Al-Hadith, dengan memfokuskan kepada kaedah penyelesaian hadith-hadith yang bercanggah oleh Ibn Hajar Al-`Asqalani, berdasarkan kitab beliau Fath Al-Bari Sharh Sahih AI-Bukhari. Matlamat kajian ini adalah untuk memartabatkan institusi hadith sebagai sumber ajaran agama yang bersih daripada sebarang unsur percanggahan. Manakala antara objektif kajian ini pula ialah mengenal pasti metodologi yang digunakan oleh Ibn Hajar AI-`Asqalani dalam menyelesaikan percanggahan makna zahir hadith dan mendedahkannya kepada para pengkaji, ahli akademik dan masyarakat Islam untuk mereka aplikasikannya dalam kajian-kajian ilmiah mereka. Kajian ini adalah kajian perpustakaan, data dikumpul berdasarkan metod dokumentasi dan historis, kemudian dianalisa secara deduktif, induktif dan komperatif berdasarkan metodologi standard ilmu hadith. Hasil kajian ini mendapati bahawa metodologi yang digunakan oleh Ibn Hajar AI-`Asqalani dalam menyelesaikan percanggahan hadith adalah dengan cara al-Jama' (penyatuan dan pengharrnonian), tarjih (pemilihan berdasarkan petunjuk ilmiah), nasakh (pemansuhan) dan rad ad-da`if(menolak yang lemah).
Pages: 187-201 p.
Call Number: DS35.62 .K637 2006 sem
Publisher: Fakulti Pengajian Islam, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.