Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395538
Title: Penglibatan ulama dalam sosio-politik Melayu abad ke-1 7: kajian terhadap kitab Taj us-Salatin oleh Bukhari Al-Jauhari
Authors: Nor Azza Ibrahim
Farid Mat Zin
Conference Name: Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam
Keywords: Kitab Taj us-Salatin
Bukhari al-Jauhari
Ulama
Sosio-politik Melayu
Alam Melayu
Conference Date: 25/07/2006
Conference Location: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi
Abstract: Disertasi ini berbentuk kajian teks klasik kitab Taj us-Salatin yang telah dihasilkan oleh pengarangnya yang bernama Bukhari al-Jauhari pada tahun 1603 Masihi. Kajian ini turut menampilkan latar belakang sejarah politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di Alam Melayu sekitar abad 16 dan 17 Masihi sebagai faktor pemangkin yang mempengaruhi pengalaman dan peribadi pengarang ketika menghasilkan manuskrip tersebut. Kajian dilakukan sekitar perkembangan budaya keilmuan dan intelek yang berlaku di Aceh pada ketika itu. Kajian teks yang ditampilkan melalui kitab ini tidak ditumpukan kepada kajian sastera atau bentuk penulisan tetapi tumpuan kajian dijalankan terhadap isi kandungan kitab tersebut yang mengandungi panduan asas dalam pembentukan sistem politik dan sosial Islam serta prinsip-prinsip asas dalam pembentukan negara Islam. Asas politik dan sosial Islam yang ditampilkan dalam kitab Taj us-Salatin telah berjaya mempengaruhi pemikiran sosial dan politik pemerintah di Alam Melayu ketika itu. Akhirnya, segala panduan dan nasihat di dalam kitab Taj us-Salatin yang ditujukan khusus kepada pemerintah dan pentadbir di Alam Melayu telah berjaya mempengaruhi rasional pemikiran masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menjadi asas kepada dasar pembentukan sistem sosiopolitik di Alam Melayu.
Pages: 321-339 p.
Call Number: DS35.62 .K637 2006 sem
Publisher: Fakulti Pengajian Islam, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.