Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395536
Title: | Sumbangan masyarakat Islam dalam tamadun pertanian di Andalus (711M-1492M) |
Authors: | Kasim Awang Eeman Muhammad Abbas |
Conference Name: | Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam |
Keywords: | Masyarakat Islam Tamadun pertanian Andalus |
Conference Date: | 25/07/2006 |
Conference Location: | Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi |
Abstract: | Kajian tertumpu mengenai pencapaian orang-orang Islam dalam tamadun pertanian. Tamadun pertanian di Andalus menjadi fokus utama kerana kecemerlangannya di bidang ini berdasarkan kedudukannya di benua Eropah. Sebagai peneraju hampir dalam semua bidang, jasa orang-orang Islam `dipandang sebelah mata' dalam pertanian malah revolusi kemajuan pertanian hari ini dikatakan berasal dari orang-orang Eropah. Apabila ditinjau kepada kajian-kajian para sarjana, Islam atau Barat, pandangan prejudis tadi dapat dihindarkan. Orang-orang Islam, khususnya di Andalus, didapati telah menerajui hampir seluruh aspek bidang pertanian sama ada aspek pengairan, penyediaan tapak semaian, pembajaan, kaedah penanaman dan penemuan spesis-spesis tanaman baru. Tanah tanih dan pengkelasannya serta kualiti air dikaji dengan teliti oleh ahli-ahli botani Islam. Sistem pengairan yang sempurna telah diwujudkan melalui pembinaan empangan-empangan, penciptaan mesin hidrolik na???urat, acequais, qanat dan seumpamanya yang menjadi asas kemajuan pertanian hari ini. Kaedah penanaman astaslaf, taqbis dan mencantum pokok diamalkan dengan baik untuk mendapatkan hasil yang Iebih lumayan. Kajian juga dibuat oleh orang-orang Islam ke atas bahan-bahan buangan dan najis dari haiwan, khasnya najis burung merpati, untuk dijadikan baja. Jadual penanaman dirancang melalui penyusunan Calender of Cordova sehingga kekerapan menanam bertambah. Padi, tebu dan kapas merupakan di antara tanaman baru terpenting yang diperkenalkan di sana sehingga ia menjadi tanaman industri kemudiannya. Bidang Iandskap dan nuseri juga diterajui sehingga Taman Jannat al-Arif, al-Zahira dan al-Rasafa dikagumi dunia. Banyak istilah Arab di bidang ini telah rnernpengaruhi peristilahan Eropah dan inspirasi ini mencetuskan revolusi pertanian yang boleh dicontohi oleh seluruh dunia termasuk negara kita, Malaysia. |
Pages: | 347-359 p. |
Call Number: | DS35.62 .K637 2006 sem |
Publisher: | Fakulti Pengajian Islam, UKM |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.