Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395531
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Rusiah Saad | - |
dc.contributor.author | Indriaty Ismail | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T08:02:39Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T08:02:39Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:129883 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395531 | - |
dc.description.abstract | Matlamat utama kajian ini ialah membincangkan peranan surau sekolah dan signifikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini berbentuk tinjauan ke atas surau sekolah-sekolah menengah di Daerah Pulau, Pulau Pinang bagi mendapatkan maklumat tentang keadaan, prasarana, penggunaannya, aktiviti yang dijalankan di surau sekolah dan signifikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam terutama untuk meningkatkan sahsiah pelajar dan kefahaman Islam. Kajian ini melibatkan seramai 450 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan empat dan 33 orang guru. Terdapat 15 buah surau sekolah telah dikaji yang merangkumi 7 buah surau di Daerah Barat Daya dan 8 buah surau di Daerah Timur Laut dalam Daerah Pulau, Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen iaitu borang soal selidik pelajar dan guru, borang temu bual berstruktur dan senarai semakan kemudahan surau. Hasil kajian menunjukkan bahawa surau sekolah digunakan semasa waktu pengajaran Pendidikan Islam, kokurikulum, aktiviti-aktiviti keagamaan dan aktiviti membudayakan masyarakat sekolah. Lokasi sekolah, jenis sekolah, pengalaman pendidikan agama semasa peringkat sekolah rendah, pengalaman tinggal di asrama dan keadaan bentuk bangunan surau kecuali jantina menunjukkan terdapat perbezaan persepsi dari segi peranan surau sekolah. Sementara itu hanya pengalaman pendidikan agama mempengaruhi persepsi pelajar terhadap signifikasi surau sekolah. Surau sekolah merupakan satu wadah pendidikan dalam pembentukan sahsiah, melahirkan insan berilmu, membentuk dan melahirkan masyarakat sekolah yang saling berinteraksi, mengawal kemelut disiplin pelajar dan juga memantap, mengukuh dan memberi kefahaman terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Penggunaan surau sekolah dapat melahirkan insan yang berilmu, beriman dan beramal untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. 121 | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Fakulti Pengajian Islam, UKM | - |
dc.subject | Surau sekolah | - |
dc.subject | Pendidikan Islam | - |
dc.subject | Sekolah menengah | - |
dc.subject | Balik Pulau | - |
dc.subject | Pulau Pinang | - |
dc.title | Surau sekolah sebagai wadah pendidikan: kajian peranan dan signifikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah menengah daerah Balik Pulau, Pulau Pinang | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.format.pages | 101-120 p. | - |
dc.identifier.callno | DS35.62 .K637 2006 sem | - |
dc.contributor.conferencename | Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.coverage.conferencelocation | Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi | - |
dc.date.conferencedate | 25/07/2006 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.