Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395526
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorAhmad Wira-
dc.contributor.authorAhmad Sabri Haron-
dc.contributor.authorAmir Husin Mohd Nor-
dc.date.accessioned2023-06-15T08:02:32Z-
dc.date.available2023-06-15T08:02:32Z-
dc.identifier.otherukmvital:129878-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395526-
dc.description.abstractZakat merupakan ibadah pokok yang berkaitan dengan harta benda. Di samping itu ibadah zakat juga mewujudkan kawalan sosial dan hidup bermasyarakat. Sehingga perintah pelaksanaan pembayaran zakat selalu mengiringi perintah untuk mendirikan dan melaksanakan solat sebagai lambang dari keseluruhan dan keutuhan ajaran Islam dan sekaligus menunjukkan identiti sebagai seorang muslim, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 11. Maksudnya ???Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui???. Kewajipan zakat ini telah bermula sejak masa Rasulullah s.a.w, kemudian menjadi perhatian yang serius bagi para sahabat dan umat Islam berikutnya. Manfaat zakat pada zaman Rasulullah s.a.w ataupun pada masa Khulafurrasyidin dalam menjawab persoalan sosial dan ekonomi tidak dapat dipertikaikan. Hal ini dapat mengurangi kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat, serta sekaligus mengurangkan tingkat perbezaan antara kelas sosial, dan juga yang miskin dan kaya. Untuk meningkatkan pendapatan dan memanfaatkan penggunaan zakat pada masa sekarang, maka zakat dapat disalurkan untuk hal ehwal yang produktif. Penyaluran yang seperti ini dilakukan kerana pertimbangan maslahat, kerana sekarang keperluan masyarakat tidak hanya untuk keperluan perut sahaja (makan dan minum), tetapi juga untuk keperluan lain seperti pendidikan. Untuk mencapai pelaksanaan zakat secara baik dan berkesan, maka perlu ada kekuasaan dan campur tangan pemerintah. Penglibatan pemerintah dalam pengelolaan zakat sebenarnya juga telah dilakukan oleh pemerintahan Abu Bakr Shiddiq dengan cara memerangi mereka yang tidak mahu membayar zakat. Menurut Yusuf al-Qardhawi, pada asalnya, dalam Islam penguasa berhak dan sekaligus berkewajipan untuk mengelola zakat, agar dimanfaatkan dan disalurkan semaksima mungkin untuk meningkatkan perekonomian masyarakat Islam.-
dc.language.isomay-
dc.publisherFakulti Pengajian Islam, UKM-
dc.subjectZakat-
dc.subjectEkonomi-
dc.subjectSumatera Barat-
dc.titleSistem pengurusan zakat dalam membangun ekonomi yang berjiwa kerakyatan di Sumatera Barat-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages39-50 p.-
dc.identifier.callnoDS35.62 .K637 2006 sem-
dc.contributor.conferencenameKolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam-
dc.coverage.conferencelocationInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi-
dc.date.conferencedate25/07/2006-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.