Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395525
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorNadhirah Nordin-
dc.contributor.authorMohamad Sabri Haron-
dc.date.accessioned2023-06-15T08:02:31Z-
dc.date.available2023-06-15T08:02:31Z-
dc.identifier.otherukmvital:129877-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395525-
dc.description.abstractKajian ini membincangkan definisi, perkembangan, konsep, struktur, dan amalan pensekuritian bersandarkan aset (Asset-Backed Securities, ABS) di Malaysia. Fokus diberikan kepada prinsip-prinsip syariah yang disepakati dan yang diperselisihkan oleh para ulama dalam penstrukturan pensekuritian bersandarkan aset Islam. Aplikasi prinsip-prinsip syariah dalam sekuriti-sekuriti ABS Islam di Malaysia dan sejauh mana ia menepati kaedah dan prinsip syariah yang digariskan oleh ulama silam jugs turut disentuh. Kajian ini dilakukan dengan kaedah dokumentasi dan kaedah temu bual. Secara umumnya, pensekuritian aset melibatkan pemindahan aset atau risiko kepada pihak ketiga, biasanya satu perantara kegunaan khas dan aset yang layak disekuritikan mesti menghasilkan aliran tunai. Perkembangan pensekuritian bersandarkan aset Islam telah memberikan pilihan kepada institusi kewangan yang memerlukan kecairan untuk menerbitkan sekuriti dengan kos yang lebih murah dan lebih efisien. Berhubung dengan prinsip-prinsip yang diperselisihkan oleh para ulama, Majlis Penasihat Syariah (MPS) telah bersetuju menerima prinsip-prinsip tersebut lantaran tiada nas kukuh yang mengharamkannya. Memandangkan pensekuritian bersandarkan aset Islam masih lagi baru di Malaysia, hanya terdapat beberapa produk ABS Islam di pasaran tempatan dan penstrukturan sekuriti-sekuriti tersebut dilihat selari dengan prinsip-prinsip syariah yang dipersetujui oleh sebahagian ulama. Kesimpulannya, pensekuritian bersandarkan aset Islam merupakan salah satu alternatif penting kepada sekuriti bersandarkan aset konvensional yang berasaskan riba.-
dc.language.isomay-
dc.publisherFakulti Pengajian Islam, UKM-
dc.subjectAsset-Backed Securities (ABS)-
dc.subjectPensekuritian-
dc.subjectAset Islam-
dc.subjectMajlis Penasihat Syariah (MPS)-
dc.titleAplikasi prinsip-prinsip syariah dalam pensekuritian berdasarkan aset-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages27-38 p.-
dc.identifier.callnoDS35.62 .K637 2006 sem-
dc.contributor.conferencenameKolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam-
dc.coverage.conferencelocationInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi-
dc.date.conferencedate25/07/2006-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.