Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395520
Title: Penerbitan ke arah peningkatan sitasi : agenda kecemerlangan akademik Malaysia
Authors: Kamaruddin Mohd. Said
Conference Name: Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik
Keywords: Publish or perish
Publish and Perish
Sitasi
Conference Date: 21/07/2009
Conference Location: Hotel Cititel, Kuala Lumpur
Abstract: Publish or/and Perish: Dalam dunia akademik kita berhadapan dengan ugutan: "publish or perish". Untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya akademik kita sentiasa didesak untuk menjalankan penyelidikan, menulis laporan, membentangkan hasil kajian dan menerbitkan artikel ilmiah berkaitan kepakaran masing-masing. Oleh itu sebahagian besar tenaga akademik di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia, berjaya menerbitkan hasil karya masing-masing, sama ada dalam bentuk buku ataupun artikel dalam jurnal. Ramai juga tenaga akademik di IPTA yang berganding tenaga menerbitkan jurnal mengikut bidang pengajian atau fakulti masing-masing. Namun begitu, berjaya menerbitkan hasil karya masing-masing, kini, tidak lagi mencukupi. Kita kini sedang berhadapan dengan situasi: "publish, and yet, maybe perish". Ini ialah kerana, dalam kerjaya akademik yang sangat kompetitif kini, ukuran tentang kecemerlangan akademik bagi individu, bagi buku, artikel dan jurnal yang diterbitkan, bagi fakulti dan universiti yang berkenaan, adalah semakin diperketatkan. Kini, kejayaan seseorang ahli akademik diukur, antara lain, dari segi dalam jurnal manakah artikelnya diterbitkan, adakah jurnal tersebut diiktiraf oleh komuniti ilmuan bidangnya di peringkat antarabangsa, adakah jurnal tersebut dianggap mempunyai impak, adakah artikel yang diterbitkan itu dibaca dan dijadikan bahan rujukan oleh komuniti kesepakarannya, dan sebagainya. Oleh sebab itu, usaha menerbitkan artikel ilmiah kini memerlukan satu strategi baru, strategi pintar, sama ada strategi individu ataupun strategi berkumpulan. Matlamat terakhir ialah untuk mengelakkan diri kita terperangkap dalam situasi "publish and yet maybe perish" tadi. Kertas ini berhujah bahawa objektif penerbitan artikel dan jurnal bagi komuniti akademik di Malaysia kini ialah ke arah mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi peningkatan sitasi.
Call Number: P301.5.A27.S438 sem
Publisher: MOSTI, Nuklear Malaysia, MARPA.
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395520
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.