Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395487
Title: | Pengaruh Hallyu terhadap tingkah laku remaja di IOI Mall, Malaysia |
Authors: | A'dawiyah Ismail Al Mujahidah Abu Bakar |
Conference Name: | Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) |
Keywords: | Hallyu Gelombang Korea IOI Mall Tingkah laku remaja Agama Islam |
Conference Date: | 14/11/2017 |
Conference Location: | Institut Latihan Islam Malaysia |
Abstract: | Hallyu atau gelombang Korea antara isu yang mendapat perhatian awam di Malaysia kerana memberi kesan kepada perubahan tingkah laku remaja. Paling membimbangkan jika ia mempengaruhi kehidupan remaja sehingga mengubah gaya kehidupan dari amalan beragama kepada budaya suka berhibur, pemikiran yang taat kepada perintah Allah SWT kepada kebebasan dalam berfikir dan bertindak. la memberi kesan tidak baik seperti hilang identiti dan jati diri sebagai remaja muslim. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek hallvu yang mempengaruhi tingkah laku remaja di Malaysia dari segi pakaian, pergaulan dan perlaksanaan peranan dalam kehidupan. Dapatan dalam kertas kerja ini diperolehi daripada borang soal selidik yang dijawab oleh 300 orang responden di IOI Mall. Data dianalisis di dalam perisian komputer SPSS secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan menunjukkan remaja tidak bersetuju dan menunjukkan nilai min yang rendah seperti pakaian artis Korea mempengaruhi cara berpakaian seharian (min=1.87), bergaul bebas dan mesra antara lelaki dan perempuan (min=1.56) dan pernah meninggalkan solat (min=1.32). Kesimpulannya, remaja akur akan pengaruh hallvu kepada tingkah laku dalam kehidupan tetapi ia masih dapat dikawal dan mampu mengekalkan identiti seorang remaja yang hidup berpandukan ajaran agama Islam. Walau bagaimanapun, semua pihak termasuk institusi keluarga berperanan penting dalam memastikan remaja berada pada landasan kehidupan yang baik dan menjamin masa depan. |
Pages: | 25-32 p. |
Call Number: | DS36.855.S446 2017 kat sem |
Publisher: | Institut Islam Hadhari (HADHARI), UKM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FPI UKM, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.