Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395483
Title: Pembinaan peradaban remaja melalui pendekatan dakwah targhib dan tarhib
Authors: Nor Azizah Mustapha
Fariza Md Sham
Ahmad Irdha Mokhtar
Conference Name: Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS)
Keywords: Pendekatan dakwah
Tarhib
Targhib
Remaja
Akidah
Conference Date: 14/11/2017
Conference Location: Institut Latihan Islam Malaysia
Abstract: Remaja pada hari ini berhadapan dengan cabaran yang amat kompleks. Perubahan sosio budaya masyarakat mempengaruhi gaya hidup remaja, seterusnya memberi kesan kepada adab dan tingkahlaku remaja. Remaja menghadapi pelbagai masalah yang melibatkan pelanggaran syariat Islam antaranya gejala sosial dan isu akidah. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada pendekatan dakwah targhib dan tarhib dalam membina peradaban remaja terutama dari aspek akidah. Penyelewengan akidah dalam kalangan remaja perlu diberi perhatian memandangkan terdapat gerakan yang cuba memesongkan akidah remaja. Remaja terdedah dengan dunia liar dan budaya Barat yang memberikan kesan kepada golongan ini dalam memahami dan kepercayaan kepada ajaran agama Islam. Akidah yang tidak kukuh memberi kesan kepada tingkah laku, akhlak, psikologi dan kepercayaan remaja. Apabila pengaruh ini tidak ditangani akan menjejaskan akidah remaja kerana sudah ada gerakan untuk mempengaruhi remaja melalui media sosial seperti facebook, blog dan instagram. Pengaruh ini perlu ditangani sebelum berleluasa, iaitu melalui pendekatan dakwah targhib dan tarhib yag memfokuskan kepada galakan dan ancaman bagi memantapkan akidah remaja.
Pages: 67-78 p.
Call Number: DS36.855.S446 2017 kat sem
Publisher: Institut Islam Hadhari (HADHARI), UKM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FPI UKM, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.