Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395482
Title: | Keperluan sabar sebagai elemen kecerdasan spiritual dalam pembentukan personaliti menurut perspektif hadis |
Authors: | Suriani Sudi Fariza Md Sham |
Conference Name: | Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) |
Keywords: | Kecerdasan spiritual Personaliti Islam |
Conference Date: | 14/11/2017 |
Conference Location: | Institut Latihan Islam Malaysia |
Abstract: | Personaliti Islam merupakan asas kepada tamadun Islam. Sebuah negara yang bertamadun adalah sesebuah negara yang masyarakat di dalamnya memiliki personaliti yang mulia dan murni. Ia terbina daripada modal insan yang baik dan kecerdasan spiritual adalah antara komponen utamanya. Penekanan terhadap aspek spiritual perlu diutamakan memandangkan spiritual berfungsi sebagai pembentuk kehidupan seseorang yang berperanan dalam menggerak, memberhenti atau memperelokkan perbuatannya. Keperluan kepada kecerdasan spiritual hakikatnya telah lama dibincangkan oleh sumber utama Islam al-Qur'an dan hadis serta sarjana muslim seperti al-Ghazali serta Uthman Najati. Sarjana psikologi Muslim telah membentuk satu konsep kecerdasan spiritual menurut Islam dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadis. Oleh itu, kajian ini membincangkan antara elemen penting dalam kecerdasan spiritual laitu sabar daripada perspektif al-Quran dan Hadis. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara tematik iaitu dengan mengenal pasti ayat al-Quran dan hadis-hadis yang berkaitan dengan sabar. Hasil kajian mendapati sabar merupakan antara elemen penting dalam menentukan tahap kecerdasan spiritual seseorang seterusnya menjadi asas kepada pembentukan personalitinya. |
Pages: | 79-88 p. |
Call Number: | DS36.855.S446 2017 kat sem |
Publisher: | Institut Islam Hadhari (HADHARI), UKM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FPI UKM, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.