Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395473
Title: Analisis kalimah Allah menurut perspektif Ahl Sunnah Wa al-Jamaah
Authors: Khadijah Mohd Khambali@Hambali
Conference Name: Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
Keywords: Kalimah Allah
Ahl Sunnah Wa al-Jamaah
Sifat Allah
Conference Date: 20/07/2010
Conference Location: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Abstract: Perbincangan Sifat Allah merupakan antara topik utama yang diperbahaskan oleh para ulama kerana ianya berkait dengan akidah tauhid yang mendorong setiap Muslim ke arah pencapaian makrifah. Pencapaian makrifah ini merupakan matlamat utama kehidupan Muslim dan jaminan kebahagiaan hidup di akhirat kelak. Wujud merupakan sifat Allah yang utama yang wajar dihayati oleh setiap Muslim. Sifat tersebut membuktikan zat kewujudan Allah yang memangkinkan kesejahteraan hidup Muslim di akhirat kerana kepatuhan dan ketaatannya kepada kewujudan Allah dan zatNya. Ini bererti bahawa setiap Muslim wajar mengenali Allah dengan seluhurnya dan setelusnya. Bukan hanya memahami dan menghayati sifat dan zat Allah tetapi wajar perihal maksud kalimah Allah difahami dan dihayati bersama. Ia adalah kunci utama yang mendorong dan memangkinkan setiap insan untuk mengenali dan mencintai Allah sebagai tumpuan utama dalam peribadatan dan perjalanan kehidupan mereka. Ini kerana ketidakfahaman maksud kalimah Allah berupaya mencetuskan keanekaan pendapat dan perbincangan mengenai tuhan dan ketuhanan. Perkara ini telah pun berlaku sehingga mencetuskan polemik di Malaysia. Baru-baru ini apabila seluruh negara dikejutkan dengan arahan daripada Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah oleh Akhbar Herald-The Catholic Weekly dalam buku-buku agama terbitan mereka. Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) dimaklumkan bahawa penggunaan istilah 'Allah' dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan. Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN. Situasi tersebut telah menimbulkan beraneka pandangan dan perbincangan dalam kalangan cendekiawan Muslim sehingga mengheret isu tersebut diperbahaskan semula oleh pihak Mahkamah dan Jabatan Peguam Negara. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan isu tersebut daripada perspektif Ahl Sunnah wa al-Jamaah sebagai aliran utama yang dipegang oleh Malaysia tanpa menonjolkan mana-mana tokoh Ahli Sunnah yang tertentu sebagai satu bentuk perbincangan dasar dan pembuka kepada perbincangan yang lebih tuntas dan rencam oleh para ilmuwan lain kelak. Perbincangan akan meliputi justifikasi dan pertimbangan ilmiah isu ini dibahaskan, perihal hukum asal penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim yang dirujuk kepada nas al-Quran dan al-Hadith, perbezaan maksud tauhid, uniti dan trinity dan perbincangan kalimah Allah yang dilihat daripada perspektif dakwah dan siyasah syar'iyyah. Secara asanya wujudnya pandangan yang berbeza dalam kalangan ilmuwan Muslim berhubung isu penggunaan kalimah Allah iaitu harus digunakan oleh non-Muslim dan penegasan larangan penggunaanya oleh non-Muslim; walaupun menggunakan dalil yang sama kerana wujudnya persepsi yang berbeza dan aspek yang berlainan melihat isu tersebut.
Call Number: BP166.14.A84S438 2010 sem
Publisher: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.