Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395472
Title: | Pseudo-Salafi, ekstrimisme dan keruntuhan autoriti |
Authors: | Khalif Muammar A. Harris |
Conference Name: | Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) |
Keywords: | Pseudo-Salafi Ibn Taymiyyah |
Conference Date: | 20/07/2010 |
Conference Location: | Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur |
Abstract: | Aliran Salafiyyah yang dipelopori oleh Ibn Taymiyyah (728H/1328M) ternyata bukan sesuatu yang ekslusif sehingga aliran selainnya boleh dikatakan sebagai tidak berindukkan al-salaf al-salih. Malah terbukti bahawa ulama' Asha'irah seperti Abu al-Hasan al-Ash`ari (324/936) dan al-Ghazali (505/1111) juga banyak merujuk kepada al-salaf dalam penulisan mereka. Melalui penelusuran terhadap perkembangan aliran Salafiyyah, penulis mendapati bahawa terdapat pergeseran antara Salafiyyah dengan Pseudo-Salafi. Dalam makalah ini penulis membuat garis pemisah antara Salafiyyah dengan Pseudo-Salafi dan berusaha mengkaji fahaman melampau (al-ghuluww) kelompok Pseudo-Salafi yang mengambil pendekatan menolak tradisi dan autoriti, menentang tasawwuf, menolak hukum akal dan adat dsb. Kelompok Pseudo-Salafi juga terpengaruh dengan metodologi sekular apabila melakukan dikotomi antara autoriti al-Qur'an dan al-Sunnah dengan autoriti `ulama, di mana autoriti yang kedua dianggap subjektif dan nisbi. Pendekatan Pseudo-Salafi dalam hal ini walaupun tampaknya mempunyai tujuan yang murni tanpa disedari dapat menyumbang kepada keruntuhan autoriti dan-adab dalam ilmu-ilmu Islam dan memberi ruang bagi kelompok Liberal dalam usaha mereka merombak dan meliberalisasikan Islam. Namun demikian, makalah ini berusaha untuk mengetengahkan sikap yang adil dan saksama (al-`adl wa al-insaf) kepada kedua-dua kelompok yang berlawanan dan menggarisbawahi hakikat sebenar inti permasalahan. |
Call Number: | BP166.14.A84S438 2010 sem |
Publisher: | Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.