Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395465
Title: Islam di Malaysia : satu pendekatan wasatiah
Authors: Abdul Monir Yaacob
Conference Name: Seminar Pencapaian Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam
Keywords: Islam
Malaysia
Wasatiah
Conference Date: 27/02/2004
Conference Location: Dewan Besar, IKIM
Abstract: Sejak Islam dibawa oleh Rasulullah s.a.w. ia telah menembusi sebahagian besar dunia. Ia bukan lagi didominasi oleh bangsa tertentu atau kawasan tertentu, dihijaz jauh sekali dimonopoli oleh pihak tertentu. Ia adalah milik pegangan manusia tanpa mengira bangsa dan batas sempadan negeri. Dianuti oleh bangsa di negara maju dan bukan maju, oleh pemimpin negara dan rakyat. Ia berkembang di negara Islam dan bukan Islam, di seluruh dunia dan kini bilangannya mencecah 1.3 bilion. Ruanglingkup dan bidang yang disentuh oleh Islam adalah luas dan menyeluruh atau syumul meliputi seluruh keperluan hidup manusia, baik hidup sebagai individu, anggota masyarakat dan kenegaraan. Sebagai individu diberi pegangan akidah, tauhid, syariah dan akhlak, sebagai anggota masyarakat diberikan panduan hidup bermasyarakat. Dalam sebuah negara diberi garis panduan dan ketetapan kenegaraan. Ilmu mengenainya dihuraikan oleh ulama dalam khazanah ilmu yang luas. Tanggungjawab pertama manusia adalah kepada Allah s.w.t. Dialah yang mencipta manusia dan alam semesta. Kita diperintah menyembah-Nya dan memakmur dunia dengan kebaikan dan kebenaran. Oleh demikian masyarakat Islam adalah masyarakat yang menyembah Allah s.w.t. dan diberi amanah mengurus dan memakmurkan dunia. Kedua-dua tanggungjawab ini berjalan secara sepadu. Ini dapat dilihat pada tindakan Rasulullah s.a.w. apabila berpindah ke Madinah, baginda mendirikan masjid dan membuka pasar. Masjid untuk kegiatan agama dan pasar untuk kegiatan dunia iaitu menggabungkan dunia dan akhirat. Kita dikehendaki menjalankan tugas dan pekerjaan semasa hidup di dunia seolah-olah hidup selama-lamanya dan beramal untuk akhirat seolah-olah mati esok hari. ini memberikan manusia keseimbangan" dalam membangunkan potensi diri mereka."
Call Number: BP63.M3S454 2004 sem
Publisher: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.