Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395463
Title: | Ayat Mutasyabihat menurut Sheikh Zainal Abidin al-Fatani dalam kitab `Aqidah al-Najin |
Authors: | Faizuri Abd Latif |
Conference Name: | Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) |
Keywords: | Ayat Mutasyabihat Sheikh Zainal Abidin al-Fatani `Aqidah al-Najin |
Conference Date: | 20/07/2010 |
Conference Location: | Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur |
Abstract: | Ayat mutasyabihat ialah ayat al-Qur'an yang menimbulkan kekeliruan tentang maksudnya. Ini berbeza dengan ayat muhkamat yang mempunyai pengertian yang jelas dan nyata. Ekoran itu, timbul perselisihan pandangan di kalangan beberapa aliran dalam Islam tentang ayat mutasyabihat. Pertama, aliran yang mengemukakan ayat mutasyabihat tanpa sebarang pentakwilan. Kedua, aliran yang mentakwilkan ayat mutasyabihat untuk disejajarkan dengan kehendak ayat al-Qur'an yang berbentuk "Tanzih". Ketiga, aliran yang menghuraikan ayat mutasyabihat dalam bentuk mentasybih dan mentajsimkan Allah SWT. Justeru, dalam menilai aliran yang terbaik untuk dijadikan panduan dan ikutan, maka timbul pelbagai di kalangan ulama Islam. Selain itu, ulama Melayu juga tidak terlepas daripada membincangkan persoalan tersebut. Oleh itu, kajian ini berusaha meneliti corak pemikiran salah seorang ulama Melayu Patani Yang terkenal iaitu Sheikh Zainal Abidin al-Fatani atau lebih dikenali dengan Tuan Minal tentang ayat mutasyabihat yang terkandung salah sebuah karyanya iaitu Kitab 'Agidah al-Najin. Pemilihan karya ini sebagai asas kajian kerana ia merupakan antara karya jawi terbaik yang pernah dihasilkan oleh ulama Melayu. |
Call Number: | BP166.14.A84S438 2010 sem |
Publisher: | Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.