Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395462
Title: | Pendekatan wasatiyyah al-Ash'ariyyah dalam memperkasa dan mempertahankan akidah : suatu manifestasi utuh antara faham literal dan liberal |
Authors: | Wan Suhaimi Wan Abdullah |
Conference Name: | Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) |
Keywords: | Wasatiyyah al-Ash'ariyyah Akidah Literal Liberal |
Conference Date: | 20/07/2010 |
Conference Location: | Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur |
Abstract: | Umat Islam di Tanah Melayu sejak sekian lama digegarkan dengan isu kepelbagaian pendekatan dalam memahami dan menghayati ajaran Islam amnya dan dalam memperjelas dan mempertahankan akidah secara khusus. Krisis dan fenomena yang melibatkan mazhab-mazhab dalam Islam dan juga aliran dan ideologi asing ini bukanlah suatu kebetulan, sebaliknya mempunyai latarbelakang sejarah dan keilmuan yang jelas. Kertas ini akan cuba memperlihatkan krisis dan fenomena ini khususnya yang berkaitan dengan pemahaman dan pembelajaran-pengajaran akidah dengan pendekatan al-Ash`ariyyah. Ia cuba membuktikan betapa pendekatan al-Ash`ari dan tradisi al-Asha'irah sepanjang zaman mempunyai kekuatan dan relevan sehingga kini. Ia diharap dapat memperjelaskan kekeliruan mereka yang memperkecilkan sumbangan al-Ash`ariyyah, sama ada kerana jahil akan sejarah dan kerelevanannya atau kerana mempunyai niat untuk menggantikannya dengan pendekatan lain atas nama 'Pembaharuan' atau 'Tajdid' dengan pemahaman dan tafsiran yang meleset tentang makna dan ruh tajdid yang sebenar. Ia mengemukakan sorotan terhadap beberapa isu yang berkaitan termasuk konsep dan aliran literal dan liberal dalam pemikiran, isu penjenamaan aliran dan pendekatan akidah, latarbelakang dan alasan pendekatan pilihan Asha'iran dalam akidah, dan kesesuaian diperpanjangkan pendekatan yang sama selaras dengan cabaran yang dihadapi umat Islam kini. |
Call Number: | BP166.14.A84S438 2010 sem |
Publisher: | Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.