Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395427
Title: Pendekatan wasatiyyah dalam pembinaan bangsa Malaysia
Authors: Nurulhuda Mohd Aseri
Nidzam Sulaiman
Kartini Aboo Talib @ Khalid
Conference Name: Seminar Antarabangsa Etnik dan Dasar : Refleksi Jati Diri
Keywords: Wasatiyyah
Bangsa Malaysia
Pembinaan bangsa
Negara bangsa
Demokrasi permuafakatan
Conference Date: 22/08/2013
Conference Location: Hotel Equatorial Bangi, Selangor
Abstract: Kajian ini adalah berkenaan pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan pendekatan Wasatiyyah. Proses pembinaan bangsa merupakan satu episod yang panjang bagi setiap negara yang menginginkannya. Bagi Malaysia, perpaduan antara etnik yang dibina adalah menerusi pendekatan Wasatiyyah. Objektif kajian ini ialah meneliti konsep Wasatiyyah di Malaysia, mengkaji pengaplikasian konsep Wasatiyyah di Malaysia dan mengenal pasti cabaran pelaksanaan Wasatiyyah dalam pembinaan bangsa Malaysia. Pembentukan bangsa Malaysia kini pada dasarnya adalah melalui tolak ansur, saling bantu-membantu, menerima di antara satu sama lain dan juga melalui demokrasi permuafakatan. Teori permuafakatan yang diperkenalkan oleh Arend Lijphart (1977) akan digunakan untuk mengkaji pendekatan Wasatiyyah dalam pembinaan bangsa Malaysia. Kajian ini akan membincangkan mengenai proses perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia pada masa kini kerana terdapat pelbagai pandangan daripada penulis lain yang menyatakan bahawa negara bangsa sudah wujud di Malaysia tetapi belum sama seperti negara lain yang sudah kukuh, negara bangsa Malaysia belum terbentuk tetapi masih di dalam proses pembentukan dan negara bangsa tak akan berjaya dibentuk. Perbincangan negara bangsa dan perpaduan yang ada di Malaysia akan diulaskan secara mendalam kerana ia akan memberi implikasi kepada negara iaitu terhadap dasar negara. Kajian ini dilihat penting dan memberikan implikasi terhadap pembuatan dasar negara iaitu dalam proses pembuatan sesuatu keputusan. Hal ini kerana jika tiada negara bangsa tetapi ada perpaduan maka negara bangsa boleh diwujudkan tetapi jika ada negara bangsa tetapi jika tiada perpaduan akan runtuhlah negara bangsa yang telah dibina.
Pages: 38-42 p.
Call Number: DS595.S464 sem
Publisher: Institut Kajian Etnik (KITA), UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.