Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395426
Title: Hubungan antara etnisiti, identifikasi parti dan perilaku mengundi pekerja migran Indonesia di Malaysia dalam pilihanraya Indonesia 2004
Authors: Aidinil Zetra
Ahmad Nidzammuddin Sulaiman
Conference Name: Seminar Antarabangsa Etnik dan Dasar : Refleksi Jati Diri
Keywords: Etnisiti
Pilihanraya Indonesia
Pekerja migran
Indonesia
Malaysia
Perilaku mengundi
Conference Date: 22/08/2013
Conference Location: Hotel Equatorial Bangi, Selangor
Abstract: Semenjak reformasi dan runtuhnya regim Orde Baru di bawah kepimpinan Soeharto, Indonesia telah berjaya melaksanakan tiga kali pilihan raya legislatif iaitu 1999, 2004 dan 2009. Jika diamati hasil keputusan pilihan raya 2004, terdapat fenomena yang menarik. PKB berjaya menempati tempat pertama dengan memperolehi sokongan 30.38% undi mengatasi PDIP yang hanya memperolehi sokongan 21.50% undi. Yang menariknya ialah fenomena kemenangan PKB di Kuala Lumpur hampir sama dengan yang dialami oleh satu-satunya kawasan undi di Indonesia iaitu di Jawa Timur dengan perolehan undi 30.58%. Kesamaan ini kemungkinan besar bukanlah merupakan kebetulan belaka. Jika diperhatikan latar belakang etnik sebahagian besar pengundi pekerja migran Indonesia di Kuala Lumpur nampaknya hampir sama dengan dengan pengundi di Jawa Timur. Sebahagian besar pekerja migran Indonesia di Kuala Lumpur berasal dari Propinsi Jawa Timur (72.3%), iaitu terdiri daripada etnik Jawa 16.8%, etnik Madura, 35.2%, etnik Bawean 20.5%. Manakala Jawa Timur sendiri merupakan asas sokongan PKB yang merupakan parti rasmi Nandlatul Ulama (NU). Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan hubungan antara etnisiti, identifikasi parti dan perilaku mengundi pekerja migran Indonesia di Kuala Lumpur dalam pilihanraya Indonesia 2004 dan 1999. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Populasi kajian ialah pekerja migran Indonesia di Malaysia yang bekerja dengan permit kerja yang sah dan turun mengundi dalam pilihan raya parlimen Indonesia tahun 2004 di Kuala Lumpur dengan pengambilan sampel secara rawak bersistem. Analisis kajian dilakukan dengan menggunakan perisian komputer 'Statistical Package for Social Science' atau SPSS. Dua jenis statistik akan digunakan dalam penganalisisan data iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang bererti antara faktor etnisiti, identifikasi parti dan perilaku mengundi pekerja migran Indonesia di Kuala Lumpur.
Pages: 43-53 p.
Call Number: DS595.S464 sem
Publisher: Institut Kajian Etnik (KITA), UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.