Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395424
Title: Dasar ekonomi baru dan perubahan politik Melayu: satu analisis
Authors: Nur Azah Razali
Conference Name: Seminar Antarabangsa Etnik dan Dasar : Refleksi Jati Diri
Keywords: Dasar Ekonomi Baru
Peristiwa 13 Mei 1969
Politik Melayu
Conference Date: 22/08/2013
Conference Location: Hotel Equatorial Bangi, Selangor
Abstract: Terdapat banyak kajian yang mengaitkan keberkesanan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan perubahan masyarakat Melayu sama ada di dalam sektor ekonomi, sosial dan juga politik. Kertas ini akan menyentuh berkaitan dengan bagaimana DEB yang merupakan satu dasar affirmatif (ketuanan Melayu) yang diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 telah merubah lanskap dan orientasi pemikiran masyarakat Melayu terhadap politik negara. Hal ini dikaitkan dengan peningkatan kelas menengah dan urbanisasi masyarakat dari luar bandar ke bandar yang dilihat telah mewujudkan sebuah masyarakat Melayu baru yang peka terhadap pembangunan dan demokrasi; sekaligus meningkatkan kesedaran dan penyertaan di dalam politik. DEB yang memakan masa selama 20 tahun ini telah mengalami perubahan dibawah pemerintahan Perdana Menteri yang berbeza. Tun Razak yang memperkenalkan dasar ini dikenali dengan lonjakan "bapa kemerdekaan" telah menyerahkan tanggungjawab penerusan DEB kepada penganti beliau iaitu Tun Hussein Onn pada tahun 1976. Di bawah Perdana Menteri ketiga ini, DEB diteruskan dengan mengekalkan "roh" DEB yang ditinggalkan oleh Tun Razak yang dilihat pro-Melayu. Berbeza dengan zaman pentadbiran Tun Mahathir Mohamed pada tahun 1981, yang mana DEB berbaki lebih kurang sembilan tahun dilihat telah cuba diadaptasi dengan gaya pentadbiran Tun Mahathir yang lebih liberal terhadap ekonomi. Ini boleh dilihat dengan pengenalan pelbagai dasar seperti Dasar Pandang ke Timur pada 1981 dan Dasar Penswastaan pada 1983. Oleh itu, kajian ini ingin menjawab dua objektif iaitu (1) Membincangkan impak DEB terhadap perkembangan di bawah tiga Perdana Menteri di dalam tempoh DEB ini dijalankan. (2) Menganalisis kesedaran politik dikalangan masyarakat Melayu pasca DEB.
Pages: 66-73 p.
Call Number: DS595.S464 sem
Publisher: Institut Kajian Etnik (KITA), UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.