Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395423
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMuhammad Ismail Aminuddin-
dc.date.accessioned2023-06-15T08:00:23Z-
dc.date.available2023-06-15T08:00:23Z-
dc.identifier.otherukmvital:129006-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395423-
dc.description.abstractMasyarakat Malaysia pada hari ini masih berhadapan dengan kepincangan dari segi Kualiti Hidup (QOL) yang mana masih pada takuk yang lemah. Dalam hal ini, kualiti hidup mempengaruhi elemen perpaduan dan keharmonian sesama masyarakat yang hidup di bawah satu payung komuniti bagi sesebuah kawasan. Flat Desa Mentari merupakan kawasan kejiranan yang dikategorikan sebagai kawasan miskin bandar di Selangor yang dipecahkan kepada dua kawasan berasingan iaitu di daerah Petaling Jaya dan Kelana Jaya. Justeru, dalam melihat kepada elemen kualiti hidup bagi masyarakat di pertempatan miskin bandar, kajian ini akan melihat kepada faktor-faktor yang menentukan kualiti hidup masyarakat seperti dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan terhadap penduduk di kawasan miskin bandar, masalah-masalah yang cenderung membawa kepada ketidakstabilan dan ketidakharmonian masyarakat di kawasan kejiranan dan melihat elemen-elemen yang mampu diaplikasikan kepada penduduk di kawasan miskin bandar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Kajian ini menggunakan Teori Permuafakatan oleh sarjana politik Arend Lijpart. Sarjana politik ini telah menggariskan 4 Formula utama di dalam teori ini iaitu Pakatan (Grand Coalition), Perkadaran (Proportionality), Persefahaman Veto (Mutual Veto) dan Kuasa Minoriti (Minority Authority). Justeru, melalui aplikasi teori ini, kajian ini akan memperlihatkan kepada khalayak samada peningkatan kualiti hidup boleh dipertingkatkan di kawasan miskin bandar melalui (i) perubahan dasar atau undang-undang yang sedia ada, (ii) permuafakatan bersama diantara parti politik dalam menaikkan taraf hidup penduduk di kawasan ini, dan (iii) membahaskan isu penduduk di kawasan miskin bandar untuk diberikan perhatian khusus di Parlimen. Signifikan kajian ini seterusnya memandu kearah pembentukan masyarakat Malaysia yang lebih progresif dan mencapai indeks kualiti hidup yang lebih tinggi seiring dengan pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju.-
dc.language.isomay-
dc.publisherInstitut Kajian Etnik (KITA), UKM-
dc.subjectKualiti hidup-
dc.subjectMasyarakat miskin bandar-
dc.subjectFlat Desa Mentari-
dc.subjectMasyarakat Malaysia-
dc.titleMenyingkap kualiti hidup masyarakat miskin bandar: kajian kes di Flat Desa Mentari-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages74-82 p.-
dc.identifier.callnoDS595.S464 sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Antarabangsa Etnik dan Dasar : Refleksi Jati Diri-
dc.coverage.conferencelocationHotel Equatorial Bangi, Selangor-
dc.date.conferencedate22/08/2013-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.