Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395417
Title: Mengangkat kepustakaan lokal alam Melayu ke pentas global: koleksi khas Pak Tenas Effendy
Authors: Supyan Hussin
Ding Choo Ming
Conference Name: Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu
Keywords: Kamus Digital Peribahasa Melayu
Alam Melayu
Pak Tenas Effendy
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Pantun Peranakan Baba
Pangkalan Data Adat perpatih
Conference Date: 29/08/2005
Abstract: Sejak April 1999, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengorak langkah membina pangkalan data mengenai pengajian Dunia Melayu. Projek itu adalah merupakan satu inisiatif ATMA dalam konteks pengurusan maklumat/ ilmu (knowledge management) yang melibatkan pencarian, pendokumentasian dan pempakejan semula bahan kepustakaan Nusantara dan Dunia Melayu dalam bentuk digital dan segala media, bentuk, bahasa dan tradisi. Projek yang melibatkan pelaburan besar dari segi kewangan, masa dan kakitangan itu juga adalah keperluan membangunkan kemampuan lokal (local capacity building) memandangkan kita tidak boleh lagi bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah untuk mendapatkan bahan-bahan kepustakaan Nusantara dan Alam Melayu seperti masa dahulu. Ini bukan sahaja bermakna kita tidak perlu membayar kos yang tinggi mengimport semula bahan kepustakaan kita sendiri setelah diproses semula di Barat, tetapi juga kita perlu berwaspada kepada penjajahan makIumat ekoran pengaliran maklumat sehala dari Barat (Ding 2003). Setelah berjaya membangunkan 12 buah pangkalan data, kami menjadi semakin yakin tentang keupayaan untuk mendokumentasi, mempakej semula dan juga memelihara kepustakaan yang lain dari Nusantara dan Dunia Melayu. Bermula dengan PADAT (Pangkalan Data Alam dan Tamadun Melayu), diikuti dengan koleksi Khas N. A. Halim, ATMA meneruskan proses pengurusan ilmu ini dengan membangunkan pangkalan data yang lain-lain, termasuk Kamus Digital Peribahasa Melayu, Pantun Peranakan Baba, Kamus Melayu dalam Bahasa Asing??? Sari On-Line, Kamus Digital Sukukata Akhir Bahasa Melayu dan Pangkalan Data Adat perpatih.
Pages: 190-199 p.
Call Number: PL5061.S445 kat sem j.1
Publisher: Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.