Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395414
Title: Perbandingan PMP dan MP dengan BUP
Authors: Rahim Aman
Conference Name: Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu
Keywords: Melayu Polinesia Purba
Melayik Purba
Conference Date: 29/08/2005
Abstract: Perbincangan tentang perbandingan antara PMP (Melayu Polinesia Purba) dan MP (Melayik Purba) dengan BUP dilakukan secara khusus dalam makalah ini. Data PMP yang dimanfaatkan dalam penulisan ini diambil daripada Blust (1980, 1983-84, 1986, 1990-95 dan 1997), Adelaar (1992 dan 1995) dan Tryon (1995). Data PMP yang diajukan oleh Adelaar (1992 dan 1995) dan Tryon (1995) sebenarnya diambil daripada rekonstruksi PMP yang telah dilakukan oleh Blust dan data MP diambil daripada Adelaar (1992). Perbandingan antara PMP dan MP dengan BUP dibatasi dalam aspek perubahan fonem, perubahan fonotaktik dan penggantian leksikal. Perbincangan dimulai dengan membandingkan sistem fonem vokal dan konsonan PMP dan MP dengan sistem fonem vokal dan konsonan yam berlaku dalam BUP. Hasil daripada perbandingan tersebut memperlihatkan wujudnya beberapa retensi dan inovasi sistem fonem antara bahasa purba tersebut. Selanjutnya, perbincangan juga difokuskan pada perubahan fonotaktik yang wujud hasil daripada perbandingan BUP dengan PMP dan MP. Kehadiran beberapa ciri fonotaktik khas hasil daripada perbandingan tersebut menyerlahkan satu rumusan bahawa BUP memiliki ciri fonotaktiknya yang tersendiri dan justeru harus diakui sebagai satu kelompok bahasa yang juga tersendiri.
Pages: 32-63 p.
Call Number: PL5061.S445 kat sem j.1
Publisher: Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.