Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395232
Title: | Mahkamah anak negeri dan perlanjutan undang-undang adat di Sabah: satu interpretasi sosio budaya |
Authors: | Sharifah Syed Hassan |
Conference Name: | Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu |
Keywords: | Mahkamah anak negeri undang-undang adat -- Sabah |
Conference Date: | 15/08/1989 |
Abstract: | Kajian-kajian dalam bidang antropologi undang-undang di India, Afrika dan Asia Tenggara telah menunjuk bagaimana perubahan ekonomi, politik dan kebudayaan di negara-negara tersebut dilaksanakan dengan licin melalui pentafsiran semula adat resam, norma-norma sosial dan undang-undang tempatan yang sedia ada (Galanter 1981; Hobsbawm dan Ranger 1983; Bowen 1988; Chanock 1985). Kajian kajian ini juga memperlihatkan bahawa undang-undang tradisional telah memberi satu kesinambungan kepada proses perubahan sosial yang didasari oleh undang undang moden yang formal. Di Asia Tenggara, khususnya di alam Melayu, satu warisan kebudayaan tempatan yang juga memainkan peranan yang sedemikian rupa ialah adat. Adat seperti yang diketahui umum bukan sahaja merupakan amalan, kelaziman, peraturan dan undang-undang tempatan. Konsep tersebut juga mencerminkan satu set idea dan nilai yang dikaitkan dengan satu jenis sistem falsafah ciptaan orang-orang tertentu. Di rantau ini satu proses perubahan sosial yang mempunyai kesan-kesan yang nyata terhadap kedudukan dan peranan adat ialah pembentukan sistem negara (state system). Pemusatan kuasa politik dan penyatuan kelompok-kelompok etnik ke dalam unit politik yang dikenali sebagai negara bangsa, secara langsung dan tidak langsung telah membangkitkan persoalan tentang kewajaran penggunaan undang-undang adat dalam sistem sosial moden. Persoalan ini penting kerana pembentukan negara bangsa juga melibatkan pengenalan serta pengukuhan sistem undang-undang moden yang mengutamakan reasoned law (Geertz 1983:208). Undang-undang ini dianggap bukan sahaja wajar tetapi juga adalah selaras dengan prinsip-prinsip rasional dan objektif yang mendasari birokrasi pentadbiran yang disusun semula berasaskan model barat. Oleh kerana terdapat hubungan erat antara sistem-sistem politik, pentadbiran dan undang-undang, maka amatlah berpatutan sekiranya kerasionalan dan objektiviti yang mencirikan sistem pentadbiran moden juga dimantapkan dalam sistem undang-undang negara-negara berkenaan. Jadi dalam konteks pembentukan negara bangsa, kedudukan adat menjadi tanda tanya. Soalan yang ditimbulkan ialah apakah perlu undang-undang adat dikekalkan atau digantikan dengan undang-undang moden? Satu lagi soalan ialah apakah perlu undang-undang adat ditukar menjadi reasoned law? |
Call Number: | DS595.2.M3.P47 1989 j.5 n.1 1989 kat sem. |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395232 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.