Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395223
Title: Peranan institusi balai cerap dalam pembangunan ketamaduanan Islam: satu sorotan
Authors: Khadijah Ismail
Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi
Mohd Sallehuddin
Conference Name: Prosiding Seminar Kebangsaan Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Agro, Sains dan Teknologi
Keywords: Institusi balai cerap
Tamadun Islam
Empayar Islam
Conference Date: 01/04/2008
Conference Location: Akademi Pengajian Islam
Abstract: Jajahan empayar Islam dari kota Baghdad di timur, kemudian Cordova di barat, sehinggalah ke Samarkand di utara menyaksikan institusi balai cerap terbina di merata tempat lantaran dorongan oleh semangat inkuiri ilmu yang menaungi ketamadunan Islam ketika itu; diantaranya adalah Balai Cerap Shamasiyah di Baghdad, Balai Cerap al-Battani di Rakka (di Syria) dan Balai Cerap Abdul Rahman as-Sufi di Shiraz. Melewati kurun ke-21M sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi, insitusi balai cerap turut mengalami anjakan perubahan sama ada dari aspek struktur, prasarana mahupun fungsi. Di Malaysia kini, beberapa buah balai cerap moden telah didirikan seperti Balai Cerap Negara di Langkawi dan Balai Cerap al-Khwarizmi di Melaka. Mengamati perkembangan tersebut, kertas kerja ini bakal mengulas tentang peranan institusi balai cerap dalam konteks pembangunan peradaban sepanjang tamadun Islam silam dan moden dalam rangka keanjalan fungsi, faktor jatuh bangun institusi serta cabaran dan prospek masa hadapan. Justeru, berdasarkan penganalisaan yang telah dibuat, institusi balai cerap sememangnya mempunyai fungsi tersendiri untuk menyumbang kepada pembangunan ketamadunan Islam dan ia amat dipengaruhi oleh persekitaran politik umat Islam.
Pages: 11
Call Number: DS35.62.S453 2008 j.1 sem.
Publisher: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya,Universiti Malaya
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.