Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395179
Title: Nyanyuk (demetia) dari perspektif neurosains dan Islam
Authors: Durriyyah Sharifah Hasan Adli
Noor Naemah Abdul Rahman
Rohaida Mohd Saat
Ahmad Zuhdi Ismail
Mohd Amzari Tumiran
Wan Adriyani Wan Ruzali
Conference Name: Prosiding Seminar Kebangsaan Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Agro, Sains dan Teknologi
Keywords: Nyanyuk - Islam
Demetia - Islam
Conference Date: 01/04/2008
Conference Location: Akademi Pengajian Islam
Abstract: Dalam kajian sains hayat mengenai diri manusia itu sendiri, bidang neurosains (sains sistem saraf) adalah antara bidang yang mutakhir ini giat diterokai. Bidang ini mengkaji sistem saraf, iaitu suatu sistem yang penting bagi kedua-dua kesihatan dan/atau 'kesejahteraan' diri seseorang insan. Beberapa penyakit yang melibatkan sistem saraf (contoh: penyakit Alzheimer, strok) memberi kesan yang menjejaskan 'kesejahteraan diri dan kualiti kehidupan seseorang manusia. Sistem saraf terlibat secara langsung dalam pemprosesan ransangan sensori, pelaksanaan gerak balas / pergerakan serta aktiviti kompleks seperti emosi dan lain-lain yang berkaitan kognitif (contoh: pembelajaran dan memori). Didapati bahawa aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada sel-sel saraf (neuron) merentasi isu berbeza yang dari perspektif Islam dibincangkan di bawah pelbagai topik. Disebabkan kekangan pengasingan pengkhususan bidang akademik, sering tercetus kekeliruan dan/atau konflik dalam diri pelajar, tenaga pengajar dan/atau pengamal perubatan beragama Islam yang menceburi bidang-bidang berdasarkan sains hayat konvensional. Individu yang berlatarbelakangkan bidang pengajian Islam pula sering mempunyai pemahaman dan penggunaan istilah yang sukar untuk diperjelaskan kepada masyarakat yang berpendidikan sains hayat konvensional. Situasi ini kadang kala mengakibatkan pertembungan pendapat dua kumpulan dengan latar belakang yang berbeza. Salah satu isu sebegini adalah berkenaan dengan nyanyuk (dementia) yang sering dikaitkan dengan proses penuaan. Tanpa maklumat terkumpul secara sistematik, terutamanya dari perspektif Islarn, adalah sukar untuk mendapatkan pemahaman bersepadu mengenainya dari kedua-dua perspektif (neurosains dan Islam). Penyiasatan kurang sempurna mengenai isu-isu berkaitan juga mengakibatkan strategi dan/atau pendekatan yang tidak tepat dirumus intuk menangani hal-hal/berkaitan kesihatan dan/atau 'kesejahteraan diri' melibatkan nyanyuk. Seterusnya ini boleh mengakibatkan kurang keberkesanan langkah yang diambil kerana kesukaran mendapat sokongan dan penerimaan oleh masyarakat ramai yang mempunyai latarbelakang serta pemahaman berbeza. Dibentangkan maklumat mengenai nyanyuk dari kedua-dua perspektif (Islam, dan neurosains). Maklumat dari perspektif neurosains adalah dari rujukan sedia ada dan dari-perspektif Islam adalah dari Al-Qur'an, hadis dan sumber tradisi Islam yang lain. Penekanan adalah mengenai aspek kewujudannya, kesan dan simptomnya, rawatan dan/atau cara menanganinya.
Pages: 15 p.
Call Number: DS35.62.S453 2008 j.1 sem.
Publisher: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya,Universiti Malaya
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.