Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395173
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorAbdullah Yusof-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:56:21Z-
dc.date.available2023-06-15T07:56:21Z-
dc.identifier.otherukmvital:123434-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395173-
dc.description.abstractKertas kerja ini akan memperjelaskan kegiatan perladangan dan pertanian dari perspektif sejarah dan kaedah penyimpanan dan kawalan mutu produk pertanian di kalangan masyarakat Arab-Sepanyol pada zaman kegemilangan Islam Kerajaan Umayyah (711 - 1031 M). Perbincangan akan menyentuh tentang konsep pemilikan rumah-rumah ladang (majsyar atau day at) atau Cortijo dalam bahasa Sepanyol. Ini meliputi komuniti yang menghuni dan bekerja di ladang-ladang orang Islam dan aktiviti pertanian serta penternakan yang dijalankan. Selain itu rumah-rumah ladang turut digunakan sebagai lokasi berehat atau rekreasi bagi pemilik hartanah, golongan elit dan bangsawan. Penekanan dalam kertas ini tertumpu kepada sistem dan polisi pertanian serta amalan yang dilakukan serta peranan golongan pekerja dalam menggerakkan sektor pertanian atau perlandangan sehingga memberi hasil yang lumayan kepada pendapatan pekerja, pengusaha atau pemilik ladang di samping menambahkan hasil Negara. Kertas ini akan turut membincangkan kaedah atau sistem yang digunakan dalam penyimpanan (storing) hasil atau produk pertanian sehingga boleh bertahan dalam tempuh yang lama sehingga seratus tahun kemudian tanpa sebarang kerosakan atau menjejaskan mutu. Justeru itu bekalan makanan Negara untuk keperluan rakyat tidak terjejas meskipun negara pada musim-musim tertentu dilanda bencana alam seperti kemarau atau wabak penyakit yang boleh memusnahkan ladang. Kaedah tersebut mempunyai kebarangkalian untuk diaplikasikan pada masakini dengan pendekatan dan teknik tertentu berasaskan instrumen sokongan dan bantuan teknologi serta peralatan terkini yang wujud pada hari ini.-
dc.language.isomay-
dc.publisherJabatan Sejarah dan Tamadun Islam Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya,Universiti Malaya-
dc.subjectKerajaan Islam Sepanyol-
dc.titleSumbangan orang-orang Arab-Muslim dalam sektor perladangan dan penghasilan produk pertanian era kerajaan Islam Sepanyol (sehingga abad ke 12M)-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages12-
dc.identifier.callnoDS35.62.S453 2008 j.1 sem.-
dc.contributor.conferencenameProsiding Seminar Kebangsaan Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Agro, Sains dan Teknologi-
dc.coverage.conferencelocationAkademi Pengajian Islam-
dc.date.conferencedate01/04/2008-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.