Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395054
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Katiman Rostam | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T07:54:24Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T07:54:24Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:122791 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395054 | - |
dc.description.abstract | Perubahan ekonomi yang pesat sedang berlaku di koridor pantai Kemaman- Dungun, Terengganu. Kesan terhadap bandar dan keadaan ekonomi orang-orang Melayu juga cukup ketara. Kertas ini bertujuan untuk membincangkan transformasi bandar dan isi rumah Melayu di kawasan tersebut. Maklumat tentang petempatan dan penglibatan ekonomi isi rumah Melayu di koridor berkenaan telah dikumpulkan melalui kerja lapangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengeluaran petroleum dan gas di luar pantai dan didaratkan di Kerteh, Terengganu telah menyebabkan perubahan fungsi bandar-bandar kecil orang Melayu di sekitar kawasan tersebut daripada pengumpulan keluaran pertanian dan perikanan tradisional kepada pusat perindustrian petrokimia dan perbuatan yang lain. Pusat-pusat utama yang mengalami pemodenan adalah Chukai, Kerteh dan Paka. Perkembangan ini mengubah status ekonomi isi rumah Melayu di sekitar pusat-pusat tersebut, khususnya daripada segi pekerjaan. Kajian ini mendapati bahawa majoriti ketua isi rumah (61.7 peratus), juga anak-anak mereka bekerja di luar sektor pertanian atau perikanan, khususnya pembuatan dan perniagaan. Bagaimanapun status penglibatan isi rumah Melayu dalam sektor pembuatan moden hanya sebagai operator pengeluaran dan buruh tidak mahir. Kajian terhadap peniaga pula mendapati bahawa status penglibatan peniaga Melayu bertumpu dalam aktiviti perniagaan skala kecil. Bidang perniagaan moden khususnya perkhidmatan yang melengkapi keperluan aktiviti pembuatan dan perlombongan minyak dan gas asli seperti pembekal peralatan saintifik kilang, perunding pengangkutan, ejen penghantaran dan perkhidmatan lain yang pesat berkembang di bandar-bandar kecil kurang diceburi orang Melayu tempatan. Proses perindustrian dan pembandaran yang kian pesat dijangka terus membuka peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih besar kepada isi rumah Melayu di koridor tersebut. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | International Institute for Asian Studies,Perak | - |
dc.subject | Transformasi bandar | - |
dc.subject | Rumah Melayu | - |
dc.subject | Imej Melayu | - |
dc.subject | Ekonomi isi rumah Melayu | - |
dc.subject | Koridor Kemaman - Dungun | - |
dc.subject | Terengganu | - |
dc.title | Transformasi bandar dan ekonomi isi rumah Melayu di Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu : status penglibatan dan imej Melayu | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.format.pages | 23 p. | - |
dc.identifier.callno | DS570.M3.P47 2004 sem. | - |
dc.contributor.conferencename | Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II | - |
dc.coverage.conferencelocation | Tanjung Malim | - |
dc.date.conferencedate | 26/02/2004 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.