Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395048
Title: Kepelbagaian citra golongan bangsawan dalam kesusasteraan hikayat
Authors: Harun Jaafar
Conference Name: Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II
Keywords: Hikayat Ghulam
Kesusasteraan hikayat
Warisan Islam
Masyarakat Melayu
Hikayat Ali Bada Syah
Hikayat Indera Quraisyin
Hikayat Raja Nazir Syah
Conference Date: 26/02/2004
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Hikayat merupakan genre kesusasteraan warisan Islam yang paling popular dalam masyarakat Melayu. Seperti lipur lara, genre ini juga memaparkan naratif yang difokuskan kepada golongan bangsawan. Oleh sebab itu, raja, putera dan puteri raja, serta para pembesar digambarkan dengan jelas dalam karya-karya yang tergolong dalam kategori hikayat. Justeru kita menemui gambaran tentang raja yang lemah dalam Hikayat Ali Bada Syah; putera pendakwah dalam Hikayat Indera Quraisyin; raja berwawasan dalam Hikayat Raja Nazir Syah, dan menteri yang iri hati dalam Hikayat Ghulam. Penggemblengan pelbagai citra itu menampakkan kesungguhan pengarangnya menitipkan nilai dan pengajaran kepada khalayak. Gaulan nilai positif dan nilai negatif itu menuntun jiwa khalayak ke arah kebaikan; yakni berbuat baik dan meninggalkan kejahatan. Jika kita menerima dan menyanjungi kehadiran unsur-unsur itu, ternyatalah bahawa genre ini berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk menyerlahkan world view Melayu. Dengan demikian, aset ini perlulah dilestarikan.
Pages: 8
Call Number: DS570.M3.P47 2004 sem.
Publisher: International Institute for Asian Studies,Perak
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395048
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.