Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395047
Title: Orang laut dalam peralihan tamadun Melayu
Authors: Hanapi Dollah
Conference Name: Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II
Keywords: Orang laut
Tamadun Melayu
Orang Kuala
Orang Asli
Sejarah Melayu
Tradisi Lisan Masyarakat Orang Asli
Conference Date: 26/02/2004
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Orang Laut atau disebut juga Orang Kuala dikategorikan sebagai Orang Asli dari suku kaum Melayu Proto. Di Malaysia, kebanyakan Orang Laut terdapat di Daerah Batu Pahat dan Pontian, Johor. Sebahagiannya telah berpindah ke Kota Tinggi dalam penempatan baru tanah rancangan Felcra. Mereka juga terdapat di kepulauan Riau dan pantai Sumatera yang berhadapan dengannya. Dari sejarah mereka sudah pun mempunyai tamadun kelautan yang maju sehingga mampu memberi perlindungan kepada Parameswara ketika putera raja itu melarikan diri ke Temasik sebagaimana yang diceritakan oleh Sejarah Melayu. Bagaimanapun, dalam perkembangan peradaban Melayu pada abad-abad seterusnya, mereka terpinggir. Proses peminggiran itu terus berlaku sehinggalah sekarang meskipun negara ini mengalami pembangunan yang bertaraf dunia. Kertas kerja ini akan membincangkan asal usul Orang Laut, proses peminggirannya dari beberapa segi seperti perkembangan ekonomi moden; pergolakan politik tradisional Melayu seperti perebutan kuasa antara Melayu dengan Bugis, kemasukan kolonial; dan kedudukan sosial mereka dalam hierarki masyarakat Melayu. Citra dan jati diri mereka dalam konteks peradaban Melayu juga turut dibicarakan. Kertas kerja ini didasarkan kepada penemuan kajian yang dilakukan di bawah projek IRPA 2002-2003 yang bertajuk Tradisi Lisan Masyarakat Orang Asli.
Pages: 16 p.
Call Number: DS570.M3.P47 2004 sem.
Publisher: International Institute for Asian Studies,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.