Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394984
Title: | Peranan institusi wazir dalam kesultanan Brunei abad ke-19: satu citra peradaban Melayu perubahan dan kesinambungan |
Authors: | Awang Asbol Mail |
Conference Name: | Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II |
Keywords: | Institusi wazir Kesultanan Melayu Brunei Peradaban Melayu |
Conference Date: | 26/02/2004 |
Conference Location: | Tanjung Malim |
Abstract: | Dalam Kesultanan Melayu Brunei terdapat empat peringkat institusi yang memainkan peranan dalam menggerakkan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan pusat. Institusi itu terdiri dari perajaan atau sultan sendiri, Wazir, Ceteria dan Menteri. Bagaimanapun kertas kerja ini hanya memfokuskan perbincangan terhadap peranan Wazir dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Brunei abad ke-19. Institusi Wazir ini boleh dikatakan satu daripada citra peradaban Melayu Khas dalam pentadbiran Kesultanan Brunei. Institusi ini terdiri dari empat orang pembesar utama Brunei, iaitu Pengiran Bendahara, Pengiran Digadong, Pengiran Pemanca dan Pengiran Temenggung. Pada kurun ke-19 kumpulan Wazir ini dilantik di kalangan keluarga terdekat Sultan Brunei. Pengiran Bendahara merupakan jawatan paling tinggi dalam kumpulan Wazir. Beliau adalah orang kanan kepada sultan dalam menangani hal-hal negara. Pengiran Digadong memainkan peranan sebagai penyimpan hasil mahsul negara dengan dibantu oleh beberapa orang golongan Menteri Pengiran Pemanca pula bertanggungjawab selaku pengerusi majlis-majlis mesyuarat pembesar-pembesar Brunei dan Pengiran Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal keselamatan Brunei terutama dalam mempastikan perairan negara bebas dari sebarang kekacauan dan serangan lanun. Ternyata keempat- empat Wazir ini merupakan golongan penting dalam memantapkan sistem pemerintahan dan pentadbiran kesultanan Melayu Brunei pada abad ke-19. Bagaimanapun peranan mereka ini kemudiannya bertukar corak menjelang abad ke-20 akibat dari pengaruh pentadbiran British, dimana peranan mereka Cuma terhad kepada hal-hal adat istiadat diraja Brunei. |
Pages: | 27 p. |
Call Number: | DS570.M3.P47 2004 sem. |
Publisher: | International Institute for Asian Studies,Perak |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394984 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.