Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394911
Title: | Globalisasi dan negara-bangsa: ketahanan bangsa, keselamatan negara dan kelangsungan jiwa |
Authors: | Mohamad Abu Bakar |
Conference Name: | Seminar Penghayatan dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia |
Keywords: | Negara bangsa |
Conference Date: | 11/09/2000 |
Conference Location: | Menara Dato' Onn, Putra Dagangan Dunia Putra |
Abstract: | Gelombang globalisasi yang memuncak berikutan kehancuran Soviet Union dan kelumpuhan komunisme telah melanda persekitaran dunia melewati batas-batas tradisional, seperti sempadan negara. Nasionalisme sebagai kuasa pendinding masyarakat dengan segala warisan sejarahnya, dan pemaju kepada eksperimen bernegara pasca- merdeka, bukan sahaja semakin diketepikan, dan semakin kehilangan kerelevanannya, tetapi juga sukar untuk dirangsang dan diresureksikan dalam bentuk asalnya. Negara-bangsa (nation-state) sebagai wadah fahaman kebangsaan bukan lagi merupakan taman subur untuk pemupukan nasionalisme ini, malah ia sendiri boleh bila-bila masa menjadi korban sepenuhnya kepada pensejagatan nilai semasa, ataupun globalisme yang menjanjikan penganutan dan pemakaian citarasa Barat. Tegasnya, peranan kerajaan dalam konteks pembangunan dan pengurusan negara begitu tercabar sekali, sehingga kedaulatan rakyatnya turut sama terjejas dalam konfrontasi berat sebelah yang terpaksa dihadapinya. Ringkasnya, negara-bangsa sebagai pelakon (actor) utama dalam hubungan antarabangsa semakin kehilangan fungsi dalam konteks pemupukan badan-badan global yang berkepentingan besar dan bercengkaman meluas. |
Pages: | 12 |
Call Number: | DS592.S44 2000 sem |
Publisher: | Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.