Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394769
Title: Peranan pentadbiran dan pembaharuan pentadbiran awam dalam mengisi dan memeperkukuhkan kemerdekaan negara: penghayatan dan cabaran
Authors: Ahmad Atory Hussain
Conference Name: Seminar Penghayatan dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia10
Keywords: Pentadbiran awam
Kemerdekaan
Sistem pentadbiran awam
Conference Location: Menara Dato' Onn, Putra Dagangan Dunia Putra
Abstract: Seperti yang diketahui, negara Malaysia telah mencapai kadar pembangunan yang amat pesat dan termaju dibandingkan dengan negara-negara dunia ketiga yang lain terutama negara-negara yang pernah dijajah sama seperti Malaysia. Justeru, kertas kerja ini cuba mengimbau dan menyingkap, seterusnya menghayati bagaimana kita boleh mencapai kemajuan yang begitu pesat terutama setelah mencapai kemerdekaan. Kita berpendapat bahawa, selain dari faktur sistem ekonomi yang inovatif, sistem masyarakat yang tersusun, harmoni antara kaum, hatta sistem politik dan amalan politik yang kondusif terhadap pembangunan, satu faktur yang tidak kurang pentingnya (yang kadang-kadang diabaikan) ialah faktur kemantapan , kecekapan serta keberkesanan dan tersusunnya sistem pentadbiran awam Malaysia itu dalam mengisi kemerdekaan itu sendiri. Tanpa kemantapan pentadbiran awam, kita percaya pembangunan pesat dan mapan seperti yang dihayati kini tidak akan tercapai. Faktur ini telah diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang antara lain menyatakan sistem pentadbiran awam yang cekap dan berkesan itu merupakan faktur utama bagi sesebuah negara itu untuk menjayakan segala dasar dasar ekonomi. Tanpanya, walau sebaik mana pun dasar ekonomi dan wadah pembangunan sesebuah negara itu, pembangunan tidak akan tercapai. Malaysia juga memangnya diakui sebagai negara berpentadbiran seperti yang disebut oleh Milton J. Esman, seorang pakar perunding Amerika Syarikat yang banyak membuat kajian mengenai pembangunan Malaysia satu masa dulu . "Malaysia is best understood as an administrative state".Selain itu, boleh dikatakan kesemua Perdana Menteri Malaysia sejak dahulu hingga kini sangat menyokong akan sebarang usaha pembaharuan pentadbiran. Faktur sokongan kepimpinan sangat penting dalam memajukan negara kerana di negara-negara dunia ketiga yang lain, tidak semua pemimpin mereka menyokong akan usaha pembaharuan pentadbiran tersebut Sebaliknya mereka lebih menumpukan kepada usaha pembaharuan politik yang akhirnya menghalang kepada pembangunan mapan.
Call Number: DS592.S44 2000 sem
Publisher: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Kuala Lumpur
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.