Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394766
Title: Konsep kemerdekaan dan nasionalisme
Authors: Qasim Ahmad
Conference Name: Seminar Penghayatan dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia10
Keywords: Konsep kemerdekaan
Nasionalisme
Conference Date: 11/09/2000
Conference Location: Menara Dato' Onn, Putra Dagangan Dunia Putra
Abstract: Daripada satu segi, kemerdekaan dan nasionalisme boleh disama ertikan maksudnya. Kedua-duanya merujuk kepada negara-bangsa, atau lebih tepat lagi, merupakan unsur yang boleh dimiliki oleh negara-bangsa. Pendeknya, kita boleh, misalnya, menggunakan frasa yang berbunyi seperti ini 'negara-bangsa yang mempunyai kemerdekaan', atau, 'negara-bangsa yang menjunjung nasionalisme kental'. Merdeka bererti bebas lantas negara-bangsa yang merdeka ialah negara-bangsa yang bebas, berhak dan tidak terikat oleh sesuatu untuk menentukan perjalanan, pemerintahan dan halatujunya sendiri. Jadi, misalnya, dalam ucapan rasminya menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 43 baru-baru ini, YAB Perdana Menteri Malaysia, telah menegaskan bahawa 'kita tidak tunduk kepada orang asing dan agensi-agensi mereka walau apapun tekanan yang ditujukan kepada kita dan negara kita.' Ini ialah pernyataan tentang kebebasan dan kemerdekaan, tentang nasionalisme yang dijulang oleh sebuah negara-bangsa.
Pages: 14 p.
Call Number: DS592.S44 2000 sem
Publisher: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,Kuala Lumpur
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.