Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394760
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMustaffa Omar-
dc.contributor.authorIshak Yussof-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:49:54Z-
dc.date.available2023-06-15T07:49:54Z-
dc.identifier.otherukmvital:120413-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394760-
dc.description.abstractKertas ini menawarkan suatu penelitian konseptual dan empirikal tentang kepentingan dan sumbangan modal sosial dalam meningkatkan daya saing ekonomi kelompok miskin di negara ini. Kertas ini bertolak dari suatu pemerhatian bahawa program pembangunan ekonomi dan sosial yang dijalankan selama ini bagi tujuan membasmi kemiskinan lebih ditumpukan melalui usaha-usaha meningkatkan modal manusia (human capital), modal fizikal (physical capital) dan modal kewangan (financial capital) kelompok terbabit. Berpandukan pendekatan ini, maka diandaikan penguasaan kelompok miskin ke atas modal-modal ini - kewangan, fizikal dan manusia - akan berjaya meningkatnya daya saing ekonomi mereka dan sekaligus mampu membebaskan diri daripada kemelut kemiskinan. Malangnya, andaian sebegini agak meleset berikutan tidak banyak keputusan memberangsangkan tercapai setakat ini. Kegagalan dasar dan program pembangunan ekonomi dan sosial mengambilkira kepentingan dan sumbangan modal sosial sebagai faktor pelengkap menyebabkan usaha usaha pembasmian kemiskinan setakat ini belum berjaya menghasilkan keputusan yang membanggakan bagi mengatasi masalah rakyat termiskin di negara ini. Sehubungan itu, kertas ini menawarkan suatu penelitian semula terhadap pendekatan pembangunan ekonomi dan sosial yang telah dijalankan selama ini. la menyarankan betapa sumbangan modal sosial perlu diberi perhatian sama penting oleh pihak pemerintah sewaktu merangka dan melaksanakan dasar dan program pembangunan ekonomi dan sosial di negara ini agar daya saing ekonomi di kalangan kelompok termiskin dapat dipertingkatkan dan kedudukan ekonomi mereka berjaya diperbaiki.-
dc.language.isomay-
dc.publisherPusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,Port Dickson-
dc.subjectModal sosial-
dc.subjectModal manusia-
dc.subjectModal fizikal-
dc.subjectModal kewangan-
dc.titleKepentingan dan sumbangan modal sosial dalam meningkatkan daya saing ekonomi penduduk miskin di Malaysia-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages29 p.-
dc.identifier.callnoHB238.S454 2004 j.2 sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Kebangsaan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan-
dc.coverage.conferencelocationLe Paris Hotel dan Resorts (Costa Rica)-
dc.date.conferencedate11/06/2004-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.