Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394749
Title: | Ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan |
Authors: | Mohamad Salleh Ismail |
Conference Name: | Seminar Penghayatan dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia |
Keywords: | Negara perindustrian Ekonomi Malaysia Ekonomi berasaskan pengetahuan |
Conference Date: | 11/09/2000 |
Conference Location: | Menara Dato' Onn, Putra Dagangan Dunia Putra |
Abstract: | Kerajaan telah merancang untuk menjadi negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020. Diantara cabaran yang harus tempohi untuk menjadi negara perindustrian yang maju, ialah membentuk sebuah ekonomi yang berdaya saing, dinamik, kuat dan berdaya tahan dengan pertumbuhan keluaran sebanyak 7 peratus setahun secara berterusan hingga tahun 2020. Pada masa yang sama Ekonomi Malaysia khasnya dan ekonomi seluruh dunia amnya sedang mengikuti harus transformasi. Transformasi ini melibatkan beberapa unsur yang secara langsung mendatangkan perubahan bentuk industri dan corak perkerjaan, globalisasi, dinamisma dan persaingan, dan revolusi Teknologi Maklumat. Tindakbalas Ekonomi Baru ini memberi kesan kepada warganegara Malaysia dari segi peluang perniagaan, pertumbuhan dan produktiviti serta penilaian latihan dan pendidikan. Dengan yang demikian, asas kepada pembangunan pada masa akan datang adalah rangsangan terhadap transformasi digital, pelaburan dalam mempertingkatkan inovasi, pendidikan untuk menwujudkan kemahiran penting bagi Ekonomi Baru. Ekonomi yang berasaskan pengetahuan ini menuntut tahap teknologi dan keupayaan sumber manusia yang lebih hebat. Dalam ekonomi global dimana modal berupaya bergerak pantas, pemilikan sumber bahan mentah lebih bermakna jika digandingkan dengan kualiti tenaga manusia serta tahap teknologi yang tinggi bagi mengekalkan. Keupayaan bangsa untuk mengarap pengetahuan dan teknologi tinggi dengan cepat akan menentukan kemakmuran negara dimasa akan datang. Di dalam ekonomi pertanian dan perindustrian kedudukan sosial seseorang bergantung kepada pemilikan tanah atau ladang. Manakala didalam ekonomi berasaskan pengetahuan ukuran kedudukan seseorang bergantung kepada pemilikan pengetahuan dan penguasaan teknologi tinggi. |
Pages: | 8 |
Call Number: | DS592.S44 2000 sem |
Publisher: | Kementeriaan Pertanian Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.