Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394698
Title: Penyeliaan memusatkan pelatih
Authors: Tunku Mohani Tunku Mohtar
Conference Name: Prosiding Seminar JKLKAU ke-9
Keywords: Latihan mengajar
Pelatih
Penyelia
Conference Date: 15/01/1994
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Setiap kali latihan mengajar dijalankan pasti terdapat perkara-perkara baru yang perlu diberi perhatian. Seringkali ini berlaku apabila terdapat ketidakpuasan dalam penyeliaan baik dari segi penyelia ataupun pelatih. Oleh sebab latihan mengajar bertujuan untuk memberi panduan yang berkesan kepada pelatih, adalah warasnya penyeliaan itu memusatkan pelajar. Kertas kerja ini membincangkan langkah-langkah yang telah diambil dengan anggapan penyeliaan itu haruslah dibuat secara demokratik. Langkah-langkah ini dianggap sesuai dan perlu diambil memandangkan masa yang singkat untuk pelatih menjalankan latihan mengajar dan mereka tidak lagi mengikuti apa-apa kursus latihan selepas itu. Mereka perlu disediakan untuk menghadapi cabaran di sekolah biasa tanpa apa-apa bimbingan. Kertas ini juga membincangkan interaksi yang dapat membina sikap yang positif bagi pihak pelatih dan juga penyelia. la juga dapat mewujudkan kerjasama antara penyelia dan pelatih. Langkah-langkah yang diambil dapat memberi perangsang kepada pelatih untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi usaha mereka. Mereka juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan yang mendatangkan faedah kepada pelajar-pelajar mereka dan juga kepada mereka sendiri. Mereka dapat dilatih supaya berfikiran kritikal. Maklumat yang didedahkan dalam kertas ini adalah hasil penilaian yang telah dibuat selepas latihan mengajar. Hasil dari perbincangan ini, beberapa prinsip untuk penyeliaan yang memusatkan pelajar dikemukakan.
Pages: 15 p.
Call Number: LB1727.M3.S354 1984 kat sem
Publisher: Fakulti Pendidikan, UKM,Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394698
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.