Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394689
Title: | Guru siswazah: kajian kes Universiti Sains Malaysia |
Authors: | Mustapha Kassim |
Conference Name: | Prosiding Seminar JKLKAU ke-9 |
Keywords: | Guru siswazah Universiti Sains Malaysia Pendidikan perguruan |
Conference Date: | 15/01/1994 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abstract: | Permohonan dan penerimaan pelajar ke bidang pendidikan perguruan bertambah dari semasa ke semasa dan bilangan graduan (guru-guru siswazah) dari pusat-pusat pendidikan tinggi terus bertambah. Nyatalah, bahawa profesion perguruan terus berupaya menarik minat kerjaya sebilangan besar penduduk negara ini. Kertas kerja ini berusaha memusatkan perhatian kepada soalan: Siapakah guru-guru siswazah yang telah memilih kerjaya dalam bidang pendidikan? Jawapan-jawapan kepada soalan tersebut adalah berdasarkan faktor faktor demografik (bandar-luar bandar), taraf sosioekonomi keluarga (pendapatan dan pekerjaan penjaga), jantina, taraf kelulusan pada tahap kemasukan, dan kumpulan etnik. Data-data kajian ini tertumpu kepada graduan-graduan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, mulai tahun kemasukan 1973 hingga tahun kemasukan 1993. Walaupun kajian ini bersifat kajian kes, ia dapat diambil kira kerana ia dapat mencerminkan kedudukan guru-guru siswazah dari pusat-pusat pendidikan perguruan universiti-universiti lain di Malaysia. Dapatan kajian ini memperlihatkan siapa yang akan terus menjadi klien kepada bidang kerjaya perguruan pada masa akan datang. Dengan ini pihak pendidikan perguruan dapat merancangkan program yang lebih berkesan, sesuai dengan keupayaan bakal-bakal calon guru siswazah. |
Pages: | 9 |
Call Number: | LB1727.M3.S354 1984 kat sem |
Publisher: | Fakulti Pendidikan, UKM,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.