Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394688
Title: Motivasi dan kreativiti dalam profesion perguruan: satu penilaian terhadap pemahaman guru-guru pelatih tentang konsep induksi set
Authors: Che An Abdul Ghani
Mhd. Amin Arshad
Conference Name: Prosiding Seminar JKLKAU ke-9
Keywords: Profession guru
Guru pelatih
Conference Date: 15/01/1994
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mencabar. la memerlukan kegigihan dan minat yang mendalam bagi seseorang yang ingin meneruskan karier dalam bidang Ini. Setiap tahun, institusi pengajian tinggi dan maktab perguruan menerima jumlah permohonan yang melebihi kuota yang dikehendaki. Apakah mereka ini benar-benar berminat untuk menjadi guru? Apakah mereka membuat pilihan secara ikhlas atau terpaksa misalnya kerana mereka tidak layak mengikuti program lain, untuk mendapatkan kenaikan taraf atau mungkin untuk mendapatkan sekolah yang lebih baik. Sekiranya, faktor ini yang menjadi matlamat mereka, maka selagi itulah terdapat kepincangan dalam sistem pendidikan kita. Masalah motivasi dan sikap adalah masalah yang sangat sukar ditangani kerana ia datangnya tidak mempunyai motivasi, apa juga dilakukan terhadapnya tidak akan memberi sebarang kesan. Guru pelatih yang demikian menimbulkan masalah ketika menjalani Latihan Mengajar dan seterusnya apabila mereka menjadi guru. Kertas kerja ini merupakan laporan dari kajian 'post-mortem' yang dijalankan terhadap guru-guru pelatih bidang PSMP dan TESL pada sesi Disember 1992/93 oleh Jabatan Bahasa, Fakulti Pendidikan. Setiap kumpulan penyelia membincangkan aspek tertentu dalam Persediaan Mengajar iaitu Induksi Set, Objektif, Alat Bantu Mengajar, Aktiviti Pengajaran dan Penutup. Penulis dan beberapa orang rakan telah diminta membincang dan membuat laporan tentang pemahaman guru-guru pelatih tentang konsep Induksi Set. Hasil penilaian tersebut akan dibincang dengan terperinci dalam kertas kerja ini.
Pages: 7
Call Number: LB1727.M3.S354 1984 kat se
Publisher: Fakulti Pendidikan, UKM,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.