Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394687
Title: | Pemikiran dan cara membuat keputusan di kalangan guru pelatih |
Authors: | Zainun Ishak |
Conference Name: | Prosiding Seminar JKLKAU ke-9 |
Keywords: | Corak pemikiran pelajar Guru pelatih Diploma Pendidikan |
Conference Date: | 15/01/1994 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abstract: | Kertas kerja ini membentangkan beberapa pemasalahan yang berlaku semasa latihan mengajar bagi pelajar program Diploma Pendidikan dan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Malaya. Aspek- aspek yang ditinjau adalah sejauh manakah pemikiran pelajar bagi pelajaran pilihan kaedah pertama dan kaedah kedua sebelum mereka keluar ke sekolah untuk latihan mengajar, dan pemikiran mereka semasa menulis persediaan mengajar. Persoalan timbul sama ada para pelajar dipengaruhi oleh rakan, penyelia, guru sekolah atau muridnya dalam sesuatu pengajaran. Beberapa penyelidikan yang telah dibuat hanya memberi penumpuan kepada pentadbiran dan perlakuan untuk melihat keberkesanan sesuatu pengajaran di sekolah. Tetapi kita juga perlu lihat tentang pemikiran seorang guru bagi suatu pengajaran dan kelolaan bilik darjah yang berkesan. Apakah sebenarnya pemikiran mereka apabila berada di dalam kelas? Apakah yang mempengaruhi pemikiran mereka. Kertas kerja ini juga akan membincang tentang corak pemikiran pelajar serta faktor yang mempengaruhi pemikiran mereka dalam membuat keputusan dari segi perancangan, persediaan dan pengajaran. Beberapa cadangan tentang pemasalahan tersebut dikemukakan. |
Pages: | 5 |
Call Number: | LB1727.M3.S354 1984 kat sem |
Publisher: | Fakulti Pendidkan, UKM,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.