Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394673
Title: | Keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu oleh guru pelatih UKM dari persepsi pelatih dan pelajar-pelajar sekolah |
Authors: | Juriah Long |
Conference Name: | Prosiding Seminar JKLKAU ke-9 |
Keywords: | Pengajaran Bahasa Melayu Guru pelatih UKM Pendidikan bahasa Kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu |
Conference Date: | 15/01/1994 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Abstract: | Ahli-ahli pendidikan, termasuk pendidikan bahasa, sependapat tentang kepentingan penilaian kursus dan program bagi mendapat maklum balik tentang pencapaian objektif pengajaran dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memantapkan kursus dan program tersebut. Hakikat ini telah mendorong penyelaras kursus latihan guru bahasa Melayu menilai kursusnya tiap-tiap tahun bagi memastikan kursus tersebut dapat memenuhi kehendak sistem pendidikan negara serta keperluan guru pelatih yang berkenaan dalam bidang pengkhususan mereka. Kertas kerja ini akan melapor dan membincangkan dapatan kajian tentang keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu guru-guru pelatih UKM dari persepsi pelatih dan pelajar-pelajar sekolah yang diajar oleh mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru pelatih mendapati Kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu tepat, berguna dan dapat diamalkan. Mereka juga mendapati bahawa bahagian teori dan amali kursus ini berguna untuk pengajaran mereka. Pada umumnya pelajar di sekolah mendapati pengajaran guru-guru pelatih menarik dan berkesan tetapi cara pengajaran ini tidak sama dalam pengajaran keempat-empat kemahiran bahasa. Di samping itu, dapatan kajian daripada pelajar juga menunjukkan perbezaan yang ketara di antara guru-guru pelatih dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran keempat empat kemahiran bahasa dan unsur tatabahasa. |
Pages: | 9 |
Call Number: | LB1727.M3.S354 1984 kat sem |
Publisher: | Fakulti Pendidikan, UKM,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.