Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394665
Title: Pendidikan alam sekitar dalam konteks wawasan 2020
Authors: Jabatan Mata Pelajaran Sekolah-Kemanusiaan
Conference Name: Maktab Perguruan Kota Bharu Minggu Budaya dan Wacana Pendidikan
Keywords: Pendidikan alam sekitar
Wawasan 2020
Falsafah pendidikan negara
Conference Date: 15/09/1992
Conference Location: Maktab Perguruan Kota Bharu
Abstract: Matlamat terakhir yang ingin dicapai dalam Wawasan 2020 ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju ataufully developed"" menjelang tahun 2020.Kemajuan disini ditakrif sebagai kemajuan dalam segala bidang iaitu bidang bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan."" (1) Masyarakat bermoral dan beretika adalah penting untuk meningkatkan kemajuan sosial menjelang 2020.Ini menjadi salah satu matlamat pendidikan kita hari ini iaitu untuk membentuk satu masyarakat saintifik dan progresif yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi penyumbang kepada tamaddun saintifik dan teknologi masa depan yang sekali gus memberi sumbangan terhadap pemuliharaan alam sekitar. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan mengambil Islam sebagai agama rasmi negara kerajaan telah cuba mewujudkan masyarakat penyayang yang merangkumi aspek aspek hubungan manusia dengan alam sekitar sepertimana dimanifestasikan melalui Falsafah Pendidikan Negara terutama aspek kerohanian. Lebih lebih lagi zaman dimana seluruh aktiviti hidup manusia bercorak Anthropocentrisma"" berpusat kepada keselesaan manusia semata mata tanpa mengambil kira pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar yang menyebabkan kemurnian alam sekitar merosot dan dengan demikian pemuliharaan alam sekitar perlu diberi keutamaan sepertimana diikrarkan oleh YAB Dato Sri Dr Mahathir Mohamad disidang kemuncak Bumi di Rhio pada 3 - 14/6/1992. Kami menyedari bahawa manusia dalam mengejar kemajuan menjadi punca pencemaran dan kemusnahan alam sekitar. Kita boleh menghentikan terus pembangunan tetapi sekurang kurangnya berusaha mengurangkan pencemaran.
Pages: 11
Call Number: LB1727.M3.M5 1992c kat sem.
Publisher: Maktab Perguruan Kota Bharu,Kelantan
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.