Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394599
Title: Perkembangan anti-intelektualisme di Universiti
Authors: Azizan b. Abu Samah
Conference Name: Kongres Mahasiswa
Keywords: Kualiti pendidikan universiti
Dasar Ekonomi Baru
Anti-intelektualisme
Profesional bumiputra
IPTA dan IPTS
Kualiti graduan
Conference Date: 10/04/2003
Conference Location: Universiti Sains Malaysia
Abstract: Pembangunan dan penerokaan ilmu merupakan satu fungsi penting universiti. Melalui pendidikan dan penyelidikan di universiti, tenaga mahir yang diperlukan oleh negara dapat di bina. Semasa perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, pendidikan dan universiti tempatan memainkan peranan penting di dalam proses memperbanyakkan pelajar bumiputra di berbagai bidang. Universiti tempatan dipertanggungjawabkan mengeluar sebanyak mungkin golongan profesional bumiputra yang diperlukan untuk sektor awam dan swasta. Penekanan pada mulanya adalah pada kuantiti untuk memenuhi permintaan pasaran semasa ekonomi sedang berkembang pesat dengan kadar 8-10%. Universiti awam tempatan telah berjaya menyambut cabaran ini dan matlamat DEB telah tercapai dan kini semua bidang profesional dan akademik telah dapat diterokai oleh kumpulan bumiputra. Peranan utama universiti awam pada tahap ini ialah untuk mengeluarkan graduan. Selepas zaman kemelesatan kerajaan telah menggalakkan penubuhan universiti swasta untuk memenuhi permintaan pelajar khasnya yang bukan bumiputra yang dulunya dapat belajar di luar negeri tetapi kini menghadapi kesulitan kerana kejatuhan RM. Kerajaan juga ingin menjadikan pendidikan sebagai satu industri dan ingin Malaysia menjadi pusat pendidikan cemerlang di rantau ini. Kini telah timbul satu persaingan antara IPTA dan IPTS untuk menarik penuntut. Bahasa pengantar di universiti kini adalah B. Inggeris di universiti swasta dan Bahasa Malaysia di IPTA dan kebanyakkan penuntut di IPTS ialah bukan bumiputra dan di IPTA ialah bumiputra: Di dalam persaingan ini antara isu yang timbul ialah mengenai kualiti pendidikan universiti dan juga kualiti graduan dari IPTA dan IPTS. Sudah tentu pelajar akan ke universiti yang dianggap berkualiti dengan harapan akan mendapat ijazah yang lebih laku. Persoalan yang timbul ialah samada universiti ingin mengeluarkan pelajar untuk pasaran ataupun mengeluar pelajar yang mempunyai sifat universal ataupun intelektual. Persoalan yang sama juga sedang dihadapi oleh kakitangan akademik, adakah mereka hanya guru ataupun peneroka ilmu.
Call Number: LB3610.K66 2003 sem
Publisher: Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 2003,Pulau Pinang
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.