Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394439
Title: | Penggunaan teknik membaca SQ3R dalam pengajaran kefahaman membaca di sekolah menengah |
Authors: | Wan Dyarudin Wan Mustappa Zamri Mohamod Yahya Othman |
Conference Name: | Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat |
Keywords: | Kefahaman membaca Teknik SQ3R Pengajaran membaca |
Conference Date: | 05/03/2015 |
Conference Location: | IPG Kampus Batu Lintang Sarawak |
Abstract: | Kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah SQ3R dalam pengajaran membaca untuk tujuan pemahaman. Kajian dijalankan secara kuasi eksperimen dengan menggunakan teknik SQ3R bagi kumpulan eksperimen berbanding dengan kaedah konvensional untuk kumpulan kawalan. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah di daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah yang melibatkan sampel kajian seramai 50 orang pelajar tingkatan satu yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen seramai 25 orang pelajar dan kumpulan kawalan seramai 25 orang pelajar. Ujian-t diguna untuk pengujian hipotesis yang dibina. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah SQ3R dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional pencapaian keseluruhan kefahaman membaca pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pengajaran membaca menggunakan teknik SQ3R mampu memberikan kefahaman membaca dengan lebih berkesan kepada pelajar tersebut. |
Pages: | 131-144 p. |
Call Number: | PL5103.P744 2015 kat sem |
Publisher: | Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.