Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394437
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Jamaludin Badusah | - |
dc.date.accessioned | 2023-06-15T07:46:08Z | - |
dc.date.available | 2023-06-15T07:46:08Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:115417 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394437 | - |
dc.description.abstract | Kemahiran komunikasi khususnya secara lisan dapat memberi gambaran tentang pengetahuan dan ilmu yang ada dalam diri seseorang. Bentuk bahasa yang digunakan ketika berbicara juga mencerminkan budaya dan keperibadian (Azrina 2005). Namun masih ramai dalam kalangan pelajar IPT yang masih tidak menguasai kemahiran berkomunikasi. Kajian mendapati bahawa ada pelajar IPT yang masih tidak berani bercakap di hadapan rakan-rakan semasa kuliah. Apabila pelajar diminta membincangkan sesuatu topik, tiada pelajar yang berani tampil ke hadapan sehinggalah terpaksa diberi dorongan dengan memberikan markah bonus kepada pelajar yang berani tampil dahulu (Azrina 2006). Kadar pengangguran yang semakin meningkat kini sering dikaitkan dengan kelemahan siswazah menampilkan diri dan berkomunikasi dengan baik (Azrina 2005). Media massa tempatan turut melaporkan tentang para graduan yang kurang menguasai kemahiran berkomunikasi (Berita Harian 29 April 2004, Berita Harian 17 September 2004, News Straits Times 20 Ogod 2003). Mohd Izharn et al. (2007) memetik sumber Malaysian Employers Federation (2005) dan Ungku Harun (2004) bahawa antara faktor berlakunya pengangguran dalam kalangan siswazah ialah kekurangan kemahiran insaniah. Kemahiran berkomunikasi merupakan sebahagian daripada kemahiran insaniah. Kajian ini ingin melihat tahap penguasaan mahasiswa tahun akhir program sarjana muda dalam kemahiran berkomunikasi. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang kebolehan pelajar UKM dalam berkomunikasi secara berkesan sebagaimana yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, kepada pihak pensyarah, dan universiti untuk membuat refleksi terhadap program-program yang dilaksanakan dan kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan sama ada bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar atau memerlukan penambahbaikan. Bagi pihak mahasiswa sendiri, kajian ini dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang keperluan menguasai kemahiran berkomunikasi, agar mereka dapat memuhasabah diri, dan cuba mengatasi kelemahan yang ada sebagai persediaan untuk 'memasarkan' diri dalam dunia pekerjaan yang penuh persaingan. Di samping itu satu bentuk modul akan dicadangkan bagi kegunaan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi | - |
dc.subject | Kemahiran berkomunikasi | - |
dc.subject | Kadar pengangguran | - |
dc.subject | Kemahiran insaniah | - |
dc.title | Penilaian tahap penguasaan dan pembentukan modul kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar tahun akhir program sarjana muda Universiti Kebangsaan Malaysia | - |
dc.type | Seminar Papers | - |
dc.format.pages | 293-296 p. | - |
dc.identifier.callno | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem | - |
dc.contributor.conferencename | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP | - |
dc.coverage.conferencelocation | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi | - |
dc.date.conferencedate | 22/01/2010 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.