Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394436
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorTajul Muhamad-
dc.date.accessioned2023-06-15T07:46:07Z-
dc.date.available2023-06-15T07:46:07Z-
dc.identifier.otherukmvital:115337-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394436-
dc.description.abstractSistem pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat berilmu, berketrampilan, mantap peribadi dan bersedia untuk memberikan sumbangan kepada diri, bangsa, agama dan negara. Justeru itu pihak kerajaan telah menubuhkan beberapa Politeknik, Maktab Perguruan, Universiti Awam dan Universiti Swasta. Secara idealnya, sesebuah universiti umumnya bertujuan untuk menjadi tempat kecemeriangan ilmu bagi melahirkan pelajar yang berkualiti. Misi universiti ialah menghasilkan individu yang seimbang dan berpendidikan luas yang dilengkapi dengan akhlak mulia, manakala visinya pula ialah mencapai kecemerlangan dalam bidang ilmu dan sentiasa berusaha menembusi perbatasan ilmu. Antara akta yang telah dibentuk sejajar dengan kemahuan kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan bagi rakyat ialah Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1995, Pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan 1995, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Majlis Kebangsaan Pendidikan Tinggi 1996. Projek ini akan mengenal pasti dan memetakan variasi dalam kemasukan pelajar-pelajar OKU dan kemudahan-kemudahan yang wujud di institut pengajian tinggi sekitar negara dan juga menyiasat sebab kontektual variasi ini yang akan menunjukkan kepada fakta bahawa ramai pelajar??-pelajar OKU tidak menerima perkhidmatan yang mereka perlukan. Analisa pelbagai aras akan dijalankan untuk menentukan faktor-faktor dan polisi-polisi yang mempengaruhi kadar kemasukan dan yang mengawal angkubah demografik. Objektif utama kajian adalah untuk, i) mengenal pasti elemen, faktor, parameter dalam merekabentuk kemudahan untuk pelajar-pelajar kurang upaya di institusi pengajian tinggi; ii) mengukur kewujudan diskriminasi kepada golongan pelajar-pelajar kurang upaya di institusi pengajian tinggi; iii) menentukan halangan yang diterima oleh pelajar-pelajar kurang upaya di institusi pengajian tinggi; iv) mengukur KPI kemudahan pelajar-pelajar kurang upaya di institusi pengajian tinggi. Kajian ini akan melibatkan 4 universiti awam di Malaysia dan data yang diperolehi akan dianalisa menerusi strategi berbagai aras yang akan menerangkan variasi dalam kadar pendaftaran antara universiti, dan ianya juga akan menentukan kesan polisi dan kemudahan ke atas kemasukan pelajar-pelajar OKU. Kajian ini berbentuk kualitatif yang melibatkan proses temubual, transkrip dan analisa tema-tema yang terbentuk. Sehubungan itu, kajian dibahagi kepada lima fasa 24 bulan bermula November 2008 sehingga Oktober 2010. Fasa petama bermula dengan kajian eksplorasi melalui focused group discussion (FGD) untuk menggariskan istilah kemudahan, perkhidmatan, layanan serta keperluan pelajar-pelajar kurang upaya. Fasa kedua ialah membina soalan temubual diikuti menjalankan temubual pada fasa ketiga, proses transkrip data dan pembentukan tema pada fasa ke empat serta menyebarkan hasil kajian pada fasa ke lima. Hasil kajian yang dihasilkan diharap boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak pentadir, ahli akademik dan dijadikan rujukan bagi kertas seminar dan artikel jurnal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.-
dc.language.isomay-
dc.publisherBangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi-
dc.subjectPelajar Kelainan Upaya-
dc.subjectPerkhidmatan OKU-
dc.titleKemudahan dan perkhidmatan, layanan serta keperluan pelajar-pelajar kurang upaya di institut pengajian tinggi-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages289-292 p.-
dc.identifier.callnoQ180.55.G7 S445 2010 kat sem-
dc.contributor.conferencenameSeminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi-
dc.date.conferencedate22/01/2010-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.