Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394416
Title: Pranata pemegangan sumber daya agraria oleh masyarakat, undang-undang agraria dan pembangunan; komparatif studi Malaysia dan Indonesia
Authors: Husna Azhari
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Pengambilan tanah
Undang-undang agraria
Pemegangan tanah
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Dari kajian ini diketahui bahawa terdapat perbezaan politik perundangan tentang pemegangan tanah antara Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, tanah adalah milik daripada kerajaan, sementara itu di Indonesia tanah adalah milik kepada rakyat. Oleh itu di Malaysia, kerajaan sangat berkuat kuasa ke atas tanah dan rakyat boleh memiliki tanah atas kebenaran daripada kerajaan. Daripada empat (4) kawasan kajian' di Malaysia, Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai ciri dan asas yang khas dalam pemegangan tanah. Tanah di Kelantan hanya boleh dimiliki oleh orang Kelantan dengan kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dengan merujuk kepada Kanun Tanah Negara dan Enakmen tanah rezab. Fenomena ini masih lagi berlaku sampai setakat ini. Akan halnya di Indonesia, had (halangan) dalam memiliki tanah juga terdapat di masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, hanya saja fenomena ini telah mula berkurang dikeranakan sistem register (pendaftaran) tanahnya menganut asas individualis sementara pola pemegangan tanah bagi sebahagian masyarakat adat ialah kolektif (komunal) dan pada masyarakat adat di Papua (Irian) yang mempercayai bahawa tanah ialah ibu. Untuk itu tanah tidak boleh dijual, walau senyatanya ada yang menjual tanah tetapi bila tanah tersebut tidak diguna pakai sesuai dengan peruntukan semula maka akan diambil kembali oleh tuan punya tanah asal. Implikasi pada masyarakat yang lebih berkuat kuasa dalam pemegangan tanah di Indonesia ialah dalam hal pengambilan tanah untuk pembangunan kepentingan awam. Negara atau kerajaan di Indonesia akan mengalami berbagai hambatan bila memerlukan tanah untuk kegiatan pembangunan. Oleh itu, di Indonesia telah wujud pengaturan secara lebih tegas berkenaan dengan elemen-elemen kepentingan awam dalam pengambilan tanah.
Pages: 297-306 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394416
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.