Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394408
Title: | Mesej dakwah umdat al-muhtajin dalam penghayatan agama masyarakat Melayu di nusantara: ke arah pembinaan modul pengajaran dakwah |
Authors: | Mohd Syukri Yeoh Abdullah Salmah Ahmad Syamsul Andi Galigo Mohammad Fadzeli Bin Jaafar Wan Nasyrudin Wan Abdullah Muammar Ghaddafi Hanafiah |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Penyebaran Islam Alam Melayu Masyarakat Melayu |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Kegiatan penulisan karya agama merupakan sebahagian daripada kegiatan penyebaran Islam di Alam Melayu yang bermula pada abad ke-13 Masihi. Kegiatan dakwah ini terus meningkat apabila ramai umat Islam Melayu mulai celik huruf dan memahami kepentingan berilmu pada abad ke 17 Masihi. Antara contoh yang jelas terlihat ialah Shaykh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili menggunakan karyanya: cUmdat al-mu +tajin ila suluk maslak al-mufradin sebagai panduan masyarakat Islam di samping menyelesaikan permasalahan penghayatan agama, iaitu akidah (wujudiyyah) yang melanda masyarakat Aceh secara khusus dan masyarakat Melayu secara umum. Kebijaksanaan Shaykh Abdul Rauf dalam menyelesaikan kekusutan ini menyebabkan beliau dapat mempertahankan jawatan muftinya selama empat era pemerintahan sultanah, iaitu Sultanah Taj al?? Alam Safiatuddin Syah (1641-1675 M.), Nur al-Alarn Nakiayatuddin Syah (1675-1678 M), Inayat Syah Zakiyatuddin Syah (1678-1688 M) dan Kamalat Syah (1688-1699M). Karya agungnya yang bernama cUmdat al-muhtajin ila suluk maslak al-mufradin yang menjadi panduan penghayatan agama masyarakat Melayu di seluruh Nusantara pada era tersebut. Sehubungan itu, kajian ini memperlihatkan mesej Shaykh Abdul Rauf terdapat dalam silmdat al-Muhtajin yang tersebar ke seluruh Nusantara yang boleh dijadikan landasan penghayatan agama masyarakat Melayu Malaysia dewasa ini. |
Pages: | 328-334 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.